3 Dalam 1 — Kereta, Rumah & Pejabat

Seronok juga hidup begini

Seorang pengatur cara komputer berusia 38 tahun dikenali sebagai Yin memilih untuk tinggal di dalam kereta selama tiga tahun di Beijing ibu negara China demi menjimatkan kos hidup dan menyara keluarganya yang menetap di Tianjin.

Beliau berulang-alik sejauh 130 kilometer setiap minggu, memulakan perjalanan seawal 5.30 pagi setiap Isnin dan pulang ke rumah setiap Jumaat, Astro Awani bercerita, merujuk kepada berita asal oleh South China Morning Post.

Yin sebelum ini menyewa flat dengan kos 2,500 yuan (RM1,525) sebulan, namun sejak pertengahan 2022, beliau beralih kepada kereta elektrik yang lebih luas dan mengubah suai bahagian dalamnya menjadi ruang kediaman lengkap dengan katil, dapur kecil dan sistem karaoke.

Beliau menyifatkan pengalaman tinggal dalam kereta sebagai tidak jauh berbeza dengan menginap di hotel, selagi terdapat stesen pengecasan yang mudah diakses.

Rutin hariannya termasuk bangun awal, bersiar-siar di taman, memasak sarapan menggunakan periuk elektrik, menonton televisyen, menyanyi karaoke dan menelefon keluarga.

Yin juga menulis program komputer sebagai aktiviti sampingan dan biasanya tidur sekitar jam 10 atau 11 malam.

Rumah tanpa tandas 

Cabaran utama yang dihadapi ialah akses kepada tandas dan bilik mandi. Pada musim panas, beliau mandi menggunakan air dari tangki dalam kereta, manakala pada musim sejuk, beliau pulang ke Tianjin pertengahan minggu dengan menaiki kereta api dan kembali ke Beijing keesokan harinya.

Kos hidupnya kini jauh lebih rendah, dengan tol sekitar 400 yuan (RM244) dan caj pengecasan di bawah 300 (RM183) yuan sebulan.

Tiket kereta api pula berharga kira-kira 100 yuan (RM61) sekali jalan. Yin turut berkongsi bahawa beliau gemar berkhemah dan sering membawa keluarga bercuti dengan tidur di dalam kereta.

Kisah Yin mencetuskan perbincangan hangat di media sosial China, dengan ramai memuji semangat dan pengorbanannya demi keluarga, manakala sebahagian lain menyuarakan kebimbangan terhadap keselesaan dan kesihatan dalam jangka panjang.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sum

bangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim