Watak bodoh macam dalam drama Sinetron
Di JAKARTA, Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Gorontalo, YB Encik Wahyudin Moridu, dikecam hebat selepas tular sebuah video dirinya mengeluarkan kenyataan mahu ‘merompak wang negara’ ketika bercuti ke Makassar, Sulawesi Selatan.
Laporan Agensi yang turut dipetik akhbar Bahasa Melayu berpengaruh Malaysia menyatakan rakaman berdurasi lebih seminit itu menunjukkan beliau bersama seorang wanita sambil ketawa menyatakan hasrat untuk menggunakan dana perjalanan rasmi negara bagi tujuan peribadi.
“Hari ini kita menuju Makassar, guna wang negara. Kita rompak saja wang negara ini, kita habiskan saja. Biar negara ini semakin miskin,” katanya seperti dipetik Sinar Harian dalam video berkenaan.
Tindakannya menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan kenyataan itu tidak beretika dan memalukan seorang wakil rakyat.
YB berkenaan dipercayai sedang mabuk arak
Dalam rakaman sama, ahli dewan daripada parti PDI-P itu turut memperkenalkan dirinya secara jelas dan dipercayai berada di bawah pengaruh minuman keras.
Kecaman semakin memuncak apabila identiti wanita yang bersamanya dalam video itu tidak dapat dipastikan dirakam turut bergelak ketawa.
Selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak, Wahyudin akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka menerusi akaun media sosialnya semalam, Jumaat 19 September 2025..
“Apa jua yang saya lakukan dalam video itu adalah salah dan tidak mencerminkan etika seorang penjawat awam. Dengan rendah hati saya memohon beribu-ribu maaf kepada seluruh rakyat Gorontalo,” katanya.
Wahyudin mendakwa wanita dalam rakaman tersebut adalah isterinya dan menegaskan beliau tidak berniat menghina atau menyinggung perasaan rakyat.
“Semuanya kesalahan saya sendiri. Saya bersedia menanggung sebarang akibat daripada perkara itu,” ujarnya.
Sementara itu, Badan Kehormatan DPRD Provinsi Gorontalo memaklumkan akan memanggil Wahyudin minggu depan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment