Kisah lucu anak bongsu Pengerusi MARA
Tak cukup atau tengok kawan dapat lebih😂
Agak menarik cerita yang disiarkan akhbar dan portal berita Kosmo! kelmarin, Sabtu 13 September 2025.
Ia mengenai adik Atiyyah, anak bongsu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (gambar atas), yang dikatakan memohon ditambah duit belanja sekolah.
Menurut Asyraf, anaknya memaklumkan kepadanya duit belanja sekolah sebanyak RM2 yang beliau dan isteri beri setiap hari tidak mencukupi.
“Boleh tahu berapa kadar sesuai duit belanja yang diberikan kepada anak-anak masing-masing untuk sekolah rendah?
“Setakat ni saya dan isteri hanya berikan RM2, tapi siapkan bekalan makan dan botol minuman dari rumah,” Kosmo! memetik Asyraf sebagai berkata dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, Asyraf Wajdi berkata, beliau meminta anaknya itu makan bekalan yang dibawa dari rumah, tetapi Atiyyah memaklumkan rakan sekolahnya dapat lebih duit belanja.
“Ini sebab kawan (dapat lebih duit belanja sekolah) atau sebab tak cukup?,” katanya secara berseloroh.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment