Selain telah banyak menghakis kepentingan orang Melayu, apa yang hebat sangat dengan UMNO, Bersatu, PAS, Amanah sehingga orang Melayu tidak boleh sertai DAP?

Selagi kamu membuat perkara yang betul, tak payah layan lagi baik

Buktikan terlebih dahulu penyertaan kamu dalam DAP tidak mengkhianati orang Melayu

Dua Ahli Parlimen DAP, Encik Syahredzan Johan dan Puan Young Syefura Othman akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin kerana memfitnah.

Menurut laporan Berita Harian sebentar tadi, Ahli Parlimen Bangi dan Bentong itu berkata, Jasri yang juga wakil rakyat BERSATU memuat naik status mengandungi kata-kata memfitnah terhadap mereka di Facebook.

"ADUN itu antara lain, mengatakan bahawa kami sanggup menjadi 'sukarelawan untuk jadi pembelot bangsa' serta kata-kata lain yang memfitnah kami.

"Kami memandang serius perkara ini, kerana sebelum ini kami sentiasa difitnah oleh pengikut Perikatan Nasional (PN) di alam maya. Kami tidak sangka perangai ini dicerminkan juga oleh pemimpin mereka seperti ADUN ini," katanya dalam kenyataan bersama di laman sosial mereka, hari ini.

Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Young Syefura, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, berkata mereka amat kecewa kerana seorang wakil rakyat beragama Islam sanggup memfitnah sejurus berakhirnya Syawal.

"Kami akan mendapatkan nasihat peguam dan memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau," katanya.

Justeru, mereka turut menasihati semua wakil rakyat dan pemimpin PN untuk berhati-hati dalam tutur kata.

"Jangan lupa sebelum ini, pemimpin-pemimpin PN sudah diarahkan membayar pampasan disebabkan mahkamah mendapati mereka memfitnah," katanya.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?