Mana janji kamu nak bagi pesawah duit sebelum Raya, wahai Anwar dan Mat Sabu?

Mana wang ihsan RM30 juta dan duit raya dijanji Anwar pada pesawah?
Pesawah pun dah penat nak berdemo kepada dua pemimpin yang kerap berdemo sebelum ini

Portal berita lantang pro-Pakatan Harapan sebelum ini kelihatan seperti sudah meluat dengan gelagat-gelagat tertentu kerajaan Madani.

Portal berkenaan, Malaysiakini, melaporkan Adun Kota Siputeh, Encik Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir mendesak kerajaan menunaikan janji untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada pesawah.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan itu yang dikatakan dipersetujui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang dikawal seorang billionaire Melayu terkenal, dengan separuh daripada jumlah berkenaan diberikan lebih awal kepada pesawah sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Syawal.

“Aidilfitri telah pun memasuki hari kelima (5 Syawal 2025), namun sehingga hari ini (semalam) tiada sesen pun sumbangan ihsan yang dijanjikan PMX Anwar Ibrahim diterima pesawah.

"Oleh itu, saya mendesak agar kerajaan bertindak segera untuk memastikan bantuan ini disalurkan dengan telus sebegitu juga bantuan-bantuan lain yang dijanjikan diberikan tepat pada masanya demi kelangsungan hidup pesawah,” katanya dalam satu kenyataan semalam, Jumaat 4 April 2025.

Ashraf berkata perdana menteri mengumumkan bantuan wang ihsan itu pada 13 Februari lalu setelah 'gagal' menetapkan harga belian padi pada RM1,800 bagi setiap tan metrik.

"Namun kegagalan membela nasib pesawah tidak terhenti di situ.

"Sehingga kini, bantuan tersebut masih belum diterima oleh pesawah, sehingga menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati dalam kalangan mereka,” katanya.

Pada Januari lalu, lebih 200 pesawah dari seluruh negara berhimpun di hadapan ibu pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya bagi membantah Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman dan menuntut supaya harga lantai padi dinaikkan daripada RM1,300 satu tan kepada RM1,800.

Pesawah berkenaan berpendapat harga yang ditetapkan pada tahun 2023 sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi mencerminkan realiti ekonomi semasa, terutamanya peningkatan kos diesel dan benih.

Bagaimana Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengumumkan harga lantai ditetapkan hanya RM1,500 satu tan pada 13 Februari lalu.

Pada hari yang sama, Anwar berkata Bernas, yang memegang monopoli import beras, akan menyalurkan RM30 juta untuk membantu petani padi yang terjejas.

Anwar kemudiannya berkata pada 28 Februari bahawa RM15 juta daripada jumlah tersebut akan disalurkan lebih awal kepada pesawah sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana