Ketika itu ramai puji Dollah Salleh gentleman, letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya, kalau orang lain mesti cari berbagai alasan
Astro Awani memetik bekas ketua jurulatih skuad negara, Datuk Dollah Salleh, mengakui betapa dia terkesan dengan kekalahan terbesar Harimau Malaya sepanjang sejarah sewaktu di bawah bimbingannya satu ketika dahulu.
Detik hitam
Tanggal 3 September 2015 menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak negara apabila skuad kebangsaan tewas besar 0-10 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Abu Dhabi.
Ia merupakan kekalahan terburuk Harimau Malaya, sekali gus menggantikan kekalahan 2-8 kepada New Zealand pada 1967.
Mengakui kisah hitam itu masih membelenggunya, Dollah pernah menganggap karier bola sepaknya sudah tamat sebaik kekalahan memalukan itu.
Jatuh ditimpa balak😅
Bercakap selaku tetamu dalam rancangan Bola Itu Life baru-baru ini, dia berkata: "Sebenarnya perlawanan itu, saya rasa macam kita bukan sahaja jatuh ditimpa tangga, malah seperti jatuh ditimpa balak.
"Dunia jadi gelap betul dan saya rasa betul-betul kecewa. Kalau kita nak cerita mengenai perlawanan itu sensitif juga. Saya tidak mahu bercerita banyak mengenainya.
"Saya rasa seolah-olah diri saya sudah habis, dunia bola sepak saya sudah habis.
"Selepas (Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia) Tan Sri Hamidin (Mohd Amin) telefon saya, saya terus isytiharkan yang saya mengambil tanggungjawab, saya letak jawatan.
"Selepas pulang, memang saya tidak boleh tidur malam. Berjalan keluar rasa seperti orang pandang dan berkata macam-macam tetapi saya masih kuat," katanya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment