Kawah yang terbentuk akibat letupan paip gas di Putra Heights

Risiko sisa gas yang masih tertinggal

"Kami perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Tanah di sini sangat lembut, salah pijak, kami boleh terjerlus ke dalam," Bernama memetik kata-kata yang menggambarkan detik-detik mendebarkan yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyiasat teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika menyiasat kawasan sekitar kawah yang terbentuk akibat letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lepas.

Bercerita lebih lanjut kepada agensi berita rasmi negara itu, Penguasa Kanan Bomba I, Encik Noor Shaifful Nizam Sulaiman, 41, berkata kebimbangan mereka bukan sekadar mengenai keadaan tanah yang tidak stabil, tetapi juga risiko sisa gas yang masih tertinggal di kawasan tersebut.

Sejauh mana dalamnya kawah

“Selepas letupan ini, terdapat pelbagai impak yang berlaku. Selain kebimbangan kemungkinan terdapat lagi gas yang terperangkap, kami juga tidak tahu sejauh mana dalamnya kawah ini.

“Dengan struktur tanah yang lemah akibat hujan beberapa hari sebelumnya, kawasan ini boleh runtuh pada bila-bila masa. Oleh itu, setiap langkah kami perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati,” katanya, yang merupakan antara lima pegawai penyiasat teknikal bomba yang terlibat dalam siasatan kawah tersebut.

Sokongan Jabatan Mineral dan Geosains

Menurut Noor Shaifful Nizam, mereka tidak berseorangan di lapangan kerana pasukan mereka dibantu oleh pelbagai agensi, termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), yang bertugas menandakan kawasan selamat dengan bendera untuk memastikan perjalanan pasukan penyiasat terjamin.

Penggunaan dron

Selain itu, teknologi canggih seperti dron dengan fungsi pengesanan suhu turut digunakan untuk memantau keadaan di kawasan kawah yang berisiko tinggi itu.

Walaupun berpengalaman dalam menangani beberapa kes letupan, termasuk insiden letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya pada 2011, Noor Shaifful Nizam mengakui bahawa rasa takut tetap ada.

Namun, beliau menanamkan semangat positif dalam diri bahawa insiden di Putra Heights ini membolehkannya mempelajari banyak perkara baru, memandangkan keadaan di situ yang dianggap sangat mencabar dan ‘tricky’.

Memahami emosi mangsa

Bagi Penolong Penguasa Bomba Puan Siti Nuraini Ab Rashid, 40, yang terlibat dalam pasukan siasatan penilaian kerosakan di kediaman yang terjejas, cabaran mereka bukan hanya berkisar pada risiko runtuhan struktur bangunan, tetapi juga menangani emosi mangsa yang terganggu akibat kejadian tersebut.

“Ada kalanya, apabila kami masuk ke rumah untuk menilai kerosakan atau kemusnahan harta benda, kami dimarahi mangsa yang tidak mahu memberi kerjasama.

“Tetapi kami sabar kerana kami faham, emosi mereka terganggu dan mereka sedang melalui waktu yang sukar," katanya.

Selain cabaran teknikal, pasukan penyiasat juga perlu bekerja tanpa henti, kadang-kadang dari pagi hingga lewat malam, tanpa penggiliran yang mencukupi.

"Di Malaysia, bilangan pegawai penyiasat bomba sangat terhad. Macam saya dari JBPM Negeri Sembilan, kami hanya ada 12 orang manakala di negeri yang besar, mungkin hanya 20 orang.

“Jadi apabila berlaku bencana, kebiasaanya mereka ini akan dipinjamkan sementara ke kawasan kejadian tetapi jumlahnya tetap tidak mencukupi,” katanya, yang turut menyifatkan insiden ini sebagai pengalaman yang menginsafkan dirinya, kerana ramai keluarga kehilangan harta benda, lebih-lebih lagi apabila berlaku pada sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad sebelum ini dilaporkan berkata seramai 25 pegawai penyiasat dari lima negeri telah dikerahkan ke lokasi kejadian letupan itu dengan lima daripada mereka melakukan siasatan teknikal manakala selebihnya membuat penilaian berhubung peratusan kerosakan serta kemusnahan di rumah-rumah terjejas.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu mengakibatkan 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kerosakan pada struktur melebihi 40 peratus, 81 buah separa musnah, 57 terkesan tapi tidak terbakar manakala 218 rumah lagi tidak terjejas.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana