Jangan tutup kelemahan dengan memberi alasan TMJ kaya

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gambar NSTP oleh ASYRAF HAMZAH

Sebagai Menteri Ekonomi dan pakar formula, dapatkah Rafizi Ramli mencipta formula selesaikan masalah kewangan kelab-kelab bolasepak negeri dalam Liga M?

Walaupun nama baginda tiada dalam senarai Forbes, memang ramai orang percaya bahawa Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah seorang billionaire yang kaya raya.

Memanglah kekayaan itu satu kelebihan. Namun kekayaan tanpa kebijaksanaan, kecekapan, kreativiti, pandangan jauh dan karisme kepimpinan yang tinggi, sudah tentu baginda yang lebih dikenali sebagai TMJ tidak akan mencapai kejayaan seperti dikecapi sekarang, dalam konteks pembangunan sukan bolasepak.

Suka atau tidak, kita harus mengakui dan menerima hakikat bahawa baginda memiliki nilai-nilai yang dinyatakan di atas, selain seorang pemimpin yang brilliant. Lebih dari itu, TMJ telah membuka mata pengamal sukan di negara ini, yang kebanyakannya pandai bercakap, dengan membuktikan bahawa baginda adalah seorang pengurus kewangan yang bertaraf excellent.

Kejayaan TMJ, di arena pembangunan sukan bolasepak pada usia masih muda, adalah bukan semata-mata kerana baginda kaya raya, tetapi lebih kepada kewibawaan baginda sendiri.

Maka, pengurusan kelab-kelab bolasepak negeri yang dikhabarkan menghadapi masalah kewangan kritikal, hampir bankrap serta tidak mampu membayar gaji pemain dan sebagainya perlu mengambil ikhtibar dan belajar dari keistimewaan dan kebijaksanaan TMJ.

Nampaknya, kelemahan pengurusan kewangan dan ketidakkreatifan kelab-kelab ini akan berakhir dengan meminta tolong dari kerajaan.

Antara jalan terbaik bagi kelab-kelab bermasalah ini ialah menarik diri buat sementara waktu dari saingan Liga M sebagai tindakan bermaruah. Tak mampu buat cara tak mampu. Perbetulkan masalah dalaman terlebih dahulu.

Semalam, akhbar Harian Metro menyiarkan berita yang menyatakan saingan Liga Malaysia (Liga M) perlu diselamatkan segera daripada 'gelombang kemusnahan' yang boleh meruntuhkan ekosistem bola sepak tanah air.

Akhbar itu berpandangan penarikan diri Perak FC dan Sri Pahang FC daripada kancah Liga M selain isu kewangan kronik melanda Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu diambil perhatian serius.

Harian Metro turut memetik legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail (gambar, atas) sebagai berkata, masalah membabitkan empat kelab yang memiliki kumpulan penyokong paling terbesar seperti Kelantan, Kedah, Pahang dan Perak itu amat membimbangkan.

Bagi Jamal Nasir secara peribadi, dasar penswastaan Liga M terbukti gagal apabila empat kelab yang sebenarnya membawa imej negeri masing-masing sudah tidak mampu bergerak secara profesional lagi.

"Saya dah cakap perkara ini sejak lima ke enam tahun lalu lagi, malah sebelum Covid-19 lagi saya dah cakap isu ini.

"Tapi siapalah saya, seorang rakyat biasa yang tidak bijak macam orang-orang dalam industri. Tengok sekarang apa dah jadi. Apabila Sri Pahang FC serta Perak FC ngaku tidak boleh bertahan lagi, ini sebenarnya satu petanda keruntuhan liga kita.

"Kelantan (KDN FC) dan Kedah (KDA FC) juga bermasalah dan mungkin juga tidak lepas untuk beraksi dalam Liga M sebab isu kewangan dan tunggakan gaji yang tinggi.

"Fenomena teruk ini perlu diatasi segera. Saya harap semua pihak khususnya MFL (Liga Bolasepak Malaysia), kelab-kelab, profesor-profesor atau pakar, tolonglah duduk berbincang selesaikan masalah ini.

"Jika tidak bola sepak kita akan terus dibelenggu masalah dan akhirnya ia akan memberi kesan mendalam kepada prestasi skuad kebangsaan," katanya ketika dihubungi wartawan sukan akhbar itu.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi akui skuad The Bos Gaurus tidak lagi akan beraksi dalam saingan Liga M musim depan.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya tiada jalan lain daripada terpaksa menarik diri kerana ketiadaan wang dan hampir muflis.

Perkara sama turut diluahkan Pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang mengakui dirinya akan mengundur diri dan tidak akan bersama skuad Tok Gajah lagi.

Masalah kewangan yang kronik babitkan KDA FC dan KDN FC juga kemungkinan menjadi batu penghalang buat dua kelab itu menerima Lesen Kebangsaan musim depan, sekali gus bakal mengikut jejak Sarawak United, Melaka United dan Kelantan FC sebelum ini yang terkubur ekoran tidak meraih lesen.

Tarikh akhir Lesen Kebangsaan adalah pada hari esok, Rabu 30 April ini dan ia bakal menjadi hari perhitungan terakhir buat KDA FC, KDN FC serta Perak FC dan Sri Pahang FC, kata akhbar itu. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?