Elak guna barang elektrik, elektronik di musim banjir, pesan Ketua Polis Shah Alam

Media melaporkan dua individu ditemui mati di Selangor ketika air banjir akibat hujan lebat memaksa lebih 900 orang di negeri itu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kedua-dua kematian dipercayai berpunca daripada renjatan elektrik.

“Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan penggunaan barang-barang elektrik dan elektronik semasa musim banjir bagi mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik,” Malaysiakini memetik pesanan Ketua Polis Daerah Shah Alam Encik Iqbal Ibrahim.

Mayat pertama ditemui pagi kelmarin di sebuah kedai barangan binaan yang turut didiami oleh mangsa di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam.

Mangsa merupakan warga asing berumur 27 tahun dan ditemui terapung dalam keadaan tertiarap bersama bangkai seekor anjing, kata Iqbal.

Kematian kedua melibatkan seorang penghantar makanan warga tempatan berumur 24 tahun yang ditemui mati petang kelmarin di rumahnya di Kampung Padang Jawa, Klang.

Menurut Iqbal, siasatan awal mendapati mangsa terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas semasa rumah dinaiki air.

Sementara itu, laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyatakan empat PPS telah dibuka di seluruh Selangor setakat jam lapan malam kelmarin. Tiga PPS di Petaling dan satu lagi di Klang.

Banjir kali ini menjejaskan 930 orang daripada  281 keluarga di Selangor, menurut laporan itu yang memetik data daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Laporan itu  juga memaklumkan jumlah mangsa di daerah Petaling semakin meningkat, sementara jumlah mangsa di Klang kekal.

Banjir di Batu Pahat, Johor pula telah menyebabkan 203 orang terpaksa dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan. Tetapi jumlah itu menunjukkan penurunan.

Di Nabawan, Sabah, seramai 263 orang terjejas akibat banjir dengan jumlahnya dijangka terus meningkat. Sebuah PPS telah dibuka bagi menempatkan mereka.

Lokasi pusat pemindahan

New Straits Times pula dipetik Malaysiakini sebagai melaporkan Exco Pengurusan Bencana Selangor Encik Najwan Halimi memaklumkan bahawa tiga PPS di Petaling terletak di Dewan Kenanga di Seksyen 28, Shah Alam, Sekolah Kebangsaan Shah Alam di Seksyen 16, dan Dewan Camelia di Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau berkata tiga PPS juga telah dibuka di Klang, iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Dewan Azalea di Taman Seri Muda, dan Dewan Bunga Bakawali di Seksyen 35.

“Proses pemindahan, pendaftaran dan pengiraan mangsa sedang berjalan di semua PPS. Maklumat mangsa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Keutamaan kita adalah untuk memindahkan mangsa terlebih dahulu. Sebaik sahaja hujan berhenti dan air surut, kita akan menyelaraskan bantuan sukarelawan untuk kerja-kerja pembersihan.

“Mungkin juga akan ada bantuan kewangan (daripada kerajaan negeri), tetapi ini hanya akan disalurkan kepada mereka yang berdaftar secara rasmi di PPS. Jika mereka memasuki pusat pemindahan, kita akan menguruskan pengagihan bantuan kewangan kepada mangsa,” kata Najwan kepada pemberita semasa lawatan ke Kampung Padang Jawa yang turut terjejas akibat banjir.

Hujan lebat dilaporkan bermula sejak jam dua pagi, menyebabkan banjir kilat berlaku di Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat dan Gombak.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana