Ahli Fikir Dari Kulim sejuk tangan dalam poket – menahan marah

Sejuk tangan dalam poket adalah perumpamaan ciptaan Ahli Fikir Dari Kulim, yang membawa pengertian seseorang sedang menahan kemarahan yang teramat sangat.

Jadi tangan yang sedang sejuk terpaksa dimasukkan ke dalam poket. Jika dikeluarkan daripada poket, mungkin ada yang akan kena tampar.

Tokoh pemikir yang merupakan ahli psikologi dan pakar pembangunan sumber manusia itu berkata beliau dapat memahami kemurkaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, yang dilaporkan bertitah kepada rakyat negeri itu supaya menjadi ‘mata dan telinga' kepada Sultan Pahang mengenai isu pencerobohan tanah.

Baginda bertitah apabila kerap mendengar pencerobohan itu, baginda mula ‘naik darah’ serta memohon rakyat perlu bersama bertanggungjawab menjaga negeri ini agar tidak berlaku kejadian pencerobohan tanah berulang di negeri itu.

"Oleh itu jadilah mata dan telinga kepada Sultan Pahang untuk mengelakkan berlaku lagi pencerobohan tanah di negeri ini.

Baginda berkenan berangkat bertemu penduduk di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

“Sampailah masa kita bertegas tidak mahu  berlaku lagi pencerobohan kawasan tanah dan hutan negeri ini dan perlu diselesaikan dengan cara yang baik. Saya pun sudah naik darah bila mengetahui ada orang menceroboh tanah negeri Pahang,” titah baginda sempena keberangkatannya bertemu penduduk di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat bandar Jerantut, seperti dipetik Kosmo Online.

Turut berangkat bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini semalam, iaitu Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda berdua juga berkenan memberi kurnia kepada kanak-kanak dan menyantuni kira-kira 800 orang pelbagai lapisan rakyat Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Bantal Seberang dan Kampung Bukit Mat Daling termasuk tetamu yang hadir.

Keberangkatan Paduka Baginda berdua ke Kampung Bantal selama tiga hari itu untuk bertemu rakyat kampung tradisional di kawasan berkenaan sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Selepas santapan jamuan hari raya, baginda bertiga turut menaiki bot penambang menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Kuching seterusnya mengikuti aktiviti yang dijadualkan bersama rakyat di kawasan Ulu Tembeling selama tiga hari.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana