Warna-Warna Inspirasi Mengiringi Ke Bawah Duli Paduka Baginda
Di sepanjang bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini, Sultan Pahang, Ke Bawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, berkenan menziarah, merasmikan dan beribadah di banyak masjid di serata pelosok negeri.
Di sebalik ziarahan-ziarahan itu, ada seorang insan kerdil yang sentiasa merendah diri, dipilih menjadi pengiring.
Siapakah insan itu?
Itulah Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, Yang Dipertua ((Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.
Dalam satu hantaran di Facebook semalam, Rabu 26 Mac 2025, beliau sempat merakamkan:
" Kenangan warna2 baju melayu dan sampin yang telah dipakai semasa mengiringi KDPB Tuanku Sultan ke Majlis Berbuka Puasa di daerah2 yang dilawati pada tahun ini. Kelmarin adalah Masjid terakhir dihadiri untuk tahun ini. "
#speakerdunpahang #nadineameliadanialnoahmahreen
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment