Tiada lagu M Nasir dalam senarai lagu favourite King Charles III

Berita hiburan macam inilah yang kita nak — prestasi dan pencapaian

Ini...sekejap kisah artis berkhalwat, sekejap kisah artis bercerai, sekejap kisah artis janda bercinta dengan ahli politik kluster mahkamah, sekejap media jadi medan pertengkaran pasangan artis bercerai, sekejap agamawan/pendakwah lebih cenderung berdakwah pasal artis, sekejap artis minta suami ceraikan kerana anak tiri panggil dia perempuan sundal😂...pendek kata macam-macam hal-lah. Macam mana nak maju kalau orang Melayu terus disogok dengan cerita-cerita macam ini.

Kembali ke berita sebenar

Media melaporkan lagu berjudul Anta Permana yang dipopularkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diberitakan menjadi salah satu karya pilihan Raja Britain, Raja Charles III.

Lagu ikonik berkenaan berada dalam senarai lagu kegemaran baginda sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.

Ia turut dikongsikan secara eksklusif di media sosial The Royal Family baginda.

Senarai lagu-lagu pilihan Raja Charles III dikumpulkan khas di platform Apple Music dengan tajuk His Majesty King Charles III's Playlist, yang menampilkan gabungan muzik dari seluruh dunia.

Seperti dipetik akhbar Harian Metro hari ini, senarai 17 lagu berdurasi satu jam sepuluh minit itu turut disertai beberapa nama selebriti terkenal dunia antaranya Diva Pop Diana Ross, Bob Marley yang popular menerusi muzik reggae, legenda muzik Grace Jones serta sensasi Britain yang sedang meningkat naik, Raye.

Selain Beyonce, Kylie Minogue, Michael Buble dan banyak lagi.

"Saya mahu berkongsi dengan anda lagu-lagu yang membawa kebahagiaan dalam hidup saya. Lagu-lagu ini merangkumi pelbagai gaya dan budaya yang berbeza.

"Namun, seperti keluarga negara-negara Komanwel yang makmur, mereka, dalam cara yang tersendiri, berkongsi kecintaan yang sama terhadap kehidupan, dalam segala keindahan dan keharmonian beragama," menurut Raja Charles III.

" Anta Permana" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 21 September 2018 sebagai single pertama untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020. Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana