Tak salah SPRM bertindak pada musuh politik yang memang rasuah
Bila giliran kamu memerintah nanti, ambillah tindakan terhadap musuh politik kamu pula yang memang rasuah. Dalam tempoh 10 tahun, hampir semua perasuah sudah disunbat dalam penjara. Kalau kamu tak rasuah, apa nak takut sangat.
Ini satu cara praktikal menghapus semua perasuah sampai habis. Jadi Syahir tak payah fikir pasal SPRM sebagai perkakas melawan musuh politik.
Tindakan terhadap perasuah yang memang rasuah mesti disokong!
Ahli Parlimen Bachok, Encik Mohd Syahir Che Sulaiman mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemungkinan wujud lebih dua tafsiran berbeza.
Merujuk kepada satu hantaran di media sosial, akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini.
Menurutnya, dua tafsiran itu sama ada agensi berkenaan tegas melawan rasuah atau menjadi 'perkakas' melawan musuh politik.
"Peningkatan tindakan SPRM menyiasat individu berprofil tinggi boleh ditafsirkan dalam dua perspektif utama iaitu sama ada sebagai usaha serius membanteras korupsi atau sekadar alat politik untuk menekan pihak tertentu.
"Setuju ketegasan SPRM siasat kes berprofil tinggi (PM6, PM4/PM7, PM8, PM9) mengundang dua tafsiran. Dalam kes PM9 (DSIS) wujud lebih dua tafsiran, Moga SPRM teguh berani," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam, Selasa 4 Mac 2025.
Media sebelum ini melaporkan, SPRM akan merekod keterangan kali kedua Ismail Sabri berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di sebuah safehouse yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Kesembilan itu.
Bagaimanapun SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, proses rakaman percakapan Ahli Parlimen Bera berkenaan yang dijadual pada hari ini (Rabu) ditangguhkan kepada lusa (Jumaat).
Pada 10 Februari lalu, Ismail Sabri sudah menghantar kepada maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari lalu.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment