Suka atau tidak, Ismail Sabri telah menconteng arang di muka UMNO yang memang sudah comot

Macam mana Dr Asyraf Wajdi Dusuki boleh kata tiada kaitan dengan UMNO sedangkan Ismail Sabri masih ahli UMNO, jadi Ahli Parlimen Bera atas tiket BN/UMNO. Lainlah kalau dia sudah dipecat macam Khairy, atau digantung macam Hishamnuddin Hussein. Atau digantung tak bertali macam Isham Jalil sebelum dipecat.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpandangan tindakan segelintir ahli UMNO yang menyerang Datuk Seri Ismail Sabri berkaitan kes rasuah wajar diredakan agar tidak memberi implikasi kepada parti Melayu itu.

Seperti dilapor akhbar Sinar Harian, beliau berkata langkah sama ada mempertahankan atau menjarakkan diri dari bekas Naib Presiden itu mungkin dilakukan akibat terkesan dengan tindakan serta keputusan sewaktu bekas Perdana Menteri kesembilan itu mengetuai kerajaan pada Ogos 2021 hingga November 2022.

“Presiden parti (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) juga telah menyatakan pendirian dan kenyataan rasmi untuk membiarkan siasatan diselesaikan (oleh SPRM).

“Maka ada baiknya semua pihak mengambil keputusan lebih berhati-hati dan menanganinya dengan rasional kerana kedudukan beliau (Ismail Sabri) muktahir ini masih sebagai ahli UMNO dan Ahli Parlimen Bera (daripada) Barisan Nasional (BN),” katanya kepada akhbar berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, seorang pemimpin UMNO yang menyokong Ismail Sabri menyifatkan tindakan sesetengah pihak dalam parti yang menyerang bekas Perdana Menteri itu hanya akan merosakkan parti.

Enggan namanya didedahkan, dia berkata, semua pihak sepatutnya memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan bukannya cuba ‘menjarakkan diri’ daripada bekas Naib Presiden UMNO itu.

Pada 2 Mac lalu, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas bernilai hampir RM7 juta hasil pemeriksaan di beberapa lokasi berkaitan siasatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.

Operasi penggeledahan itu dijalankan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai dijadikan safehouse susulan penahanan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri berkenaan.

Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya membuka kertas siasatan pada awal tahun lepas berhubung isu Keluarga Malaysia membabitkan dana pengiklanan dan promosi agenda kerajaan bernilai RM700 juta.

Rentetan itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil menafikan parti itu mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan berkenaan dan memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan UMNO dengan kes tersebut.

Malah beliau menekankan siasatan harus dijalankan secara telus dan adil tanpa sebarang gangguan.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana