Pelakon dan ahli politik sambilan kembali dilantik Pengerusi Finas
Berdasarkan hantaran rasmi di media sosial, media konvensional melaporkan pelakon dan ahli politik sambilan yang dipercayai pro-Pakatan Harapan, Datuk Gerald Hans Isaac, 54, dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Beliau memulakan tugasnya berkuat kuasa semalam, Rabu 26 Mac 2025, mengikut kenyataan rasmi di Instagram rasmi agensi berkenaan.
"Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Datuk Gerald Hans Isaac di atas pelantikan sebagai Pengerusi Finas berkuatkuasa 26 Mac 2025," jelas kenyataan berkenaan.
Pelantikan tersebut dibuat selepas Pengerusi terdahulu iaitu Datuk Kamil Othman menamatkan perkhidmatan pada 22 Februari lalu.
Ini merupakan kali kedua Hans memegang jawatan berkenaan.
Hans sebelum ini pernah menjadi pengerusi Finas pada April 2019 hingga Mei 2020.
Pelakon itu kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi sesi 2023/25.
Untuk rekod, Hans mula aktif sebagai pelakon sekitar tahun 1995 dan namanya dikenali menerusi filem Ringgit Kasorrga.
Bukan hanya berlakon filem, dia juga banyak melibatkan diri dalam drama televisyen selain pementasan teater.
Antara lain filem lakonannya adalah seperti Buli Balik, Baik Punya Cilok, Langgar dan Qabil Khushry Qabil Igam.
Menurut laporan media, Hans turut melibatkan diri dengan kerja belakang tabir sebagai pengarah dan penerbit.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment