Makin ramai Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan sewaktu dengannya buat hal, ini yang terbaru

Media melaporkan lewat semalam seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan polis petang tadi di kediamannya, sebaik pulang dari Osaka, Jepun selepas disyaki memperdaya orang ramai dengan mengambil RM10 juta.

Ia kononnya untuk diserah kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes membabitkan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, lelaki berusia 59 tahun itu yang baru pulang dari luar negara ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U Thant, Kuala Lumpur.

"Suspek setakat ini sudah mengambil duit daripada mangsa sekitar RM10 juta, di mana sebelum itu beliau dikatakan meminta RM25 juta sambil mendakwa mempunyai kenalan rapat dengan polis dan boleh menyelesaikan kes dihadapi mereka.

"Malah suspek kononnya ingin menyerahkan wang diambil itu untuk diserahkan kepada polis bagi membantu mangsa tidak dikenakan tindakan atau disiasat membabitkan kes AMLA," Harian Metro memetik sumber itu sebagai memberitahu sendiri kepada akhbar berkenaan malam tadi, Sabtu 29 Mac 2025.

Sumber berkata, kegiatan suspek bagaimanapun diketahui pihak AMLA yang kemudian menjalankan risikan dan siasatan sebelum menahan suspek semalam.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk mendapat perintah tahanan reman," katanya.

Suspek merupakan tokoh berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan industri minyak, gas dan merupakan pengerusi sebuah syarikat.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu sidang media berkaitan kes itu akan diadakan dalam masa terdekat.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia