Lelaki, 40, tampar perempuan, 28, selepas kereta mereka hampir berlanggar
Ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerlah apabila dengan segera menyiasat insiden wanita ditampar seorang pemandu lelaki selepas berlaku pertengkaran di jalan raya berhampiran Pasar Raya Besar Bataras di Jalan Tun Mustapha di Wilayah Persekutuan Labuan pada Jumaat lepas.
Agensi berita rasmi negara Bernama melaporkan semalam Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim sebagai berkata insiden membabitkan wanita berusia 28 tahun itu dipercayai berlaku pada 2 petang selepas keretanya hampir bertembung dengan kenderaan suspek yang berusia 40 tahun.
Lelaki itu dikatakan memandu secara melulu, menyebabkan wanita berkenaan terpaksa menekan brek secara mengejut untuk mengelakkan perlanggaran.
“Berikutan itu, berlaku pertengkaran dan suspek dikatakan menampar pipi kiri wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Hamizi berkata kedua-duanya pergi ke balai polis pada hari kejadian tetapi tiada laporan dibuat.
Beliau berkata mereka kembali ke balai polis pada Sabtu untuk membuat laporan dan polis membuka dua kertas siasatan terhadap suspek, pertama di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan yang kedua di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian yang telah tular itu.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment