Kalau dah bailout, bailout-lah namanya

Tak mahu nampak jahat, perkataan bailout ditukar kepada istilah pelaburan strategik

Bailout’ adalah perkataan dalam bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia perkataan bailout ini macam difahami benar oleh rakyatnya terutama sewaktu pentadbiran perdana menteri keempat Dr Mahathir Mohamad.

Istilah bailout ini cukup tidak berkenan di hati rakyat pembayar cukai atau rakyat berpendapatan rendah yang tak bayar cukai. Mereka melihat kerajaan waktu itu membazir wang negara kerana cuba menyelamatkan beberapa syarikat besar melalui cara yang dipanggil bailout.

Maka berlakulah di zaman Mahathir di mana kerajaan cuba bailout Syarikat Besi Waja (Perwaja), Bank Bumiputera dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Berbilion ringgit kerajaan keluarkan wang negara untuk selamatkan syarikat-syarikat tersebut. Tetapi gagal juga akhirnya. Bailout itu menemui kegagalan.

Kerajaan ketika itu berhujah ia menggunakan landasan semangat kepentingan nasional dan juga sentimen kaum.

Syarikat Perwaja itu adalah syarikat kepentingan nasional milik kerajaan. Maka ia perlu diselamatkan. Jadi bailout itu penting. Rakyat termakan hujah itu lalu menerimanya.

Bank Bumiputera adalah sebuah bank berkepentingan orang Melayu hasil dari Kongres Bumiputera yang pertama. Maka bailout itu perlu. Satu-satunya Bank Bumiputera itu mesti diselamatkan. Maka semua orang Melayu dan Bumiputera setuju. Manakala orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera tidak berani bersuara. Lalu bailout dilaksanakan.Tetapi gagal juga. Bank Bumiputera itu lenyap terkubur akhirnya.

Kemudian kerajaan Mahathir cuba bailout MAS yang telah diswastakan kepada seorang tokoh korporat kroni rapatnya. Sekali lagi digunakan alasan kepentingan nasional dan hujah berbaur kaum. MAS syarikat penerbangan negara mesti diselamatkan dengan apa cara jua.

Malu negara kalau MAS bankrap dan malu orang Melayu jika MAS yang dipunyai oleh tokoh korporat hasil dasar kapitalis kroni Mahathir gagal. Jadi rakyat khususnya orang Melayu termakan gula-gula yang disalut pemanis nasionalistik dan cauvanis Melayu. Mereka akur dengan kehendak Mahathir. Bailout dilaksanakan. Tetapi gagal juga. Hutang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk selamatkan MAS gagal dibayar balik oleh syarikat penerbangan itu kepada kerajaan. Lama kelamaan hutang itu dilupuskan sahaja atau dalam bahasa Inggeris disebut write-off.

Kini kira-kira hampir 30 tahun kemudian muncul sekal lagi istilah bailout apabila syarikat perkhidmatan minyak dan gas Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan.

Melalui Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebagai jurucakap kerajaan menyatakan bahawa tindakan kerajaan menyelamatkan Syarikat Sapura Energy itu bukan bailout tetapi satu pelaburan strategik.

Menurut Fahmi syarat yang dikenakan adalah dana tersebut digunakan khusus untuk menyelesaikan tunggakan bayaran kepada lebih 2,000 vendor Sapura Energy. Menurutnya, 80 peratus vendor Sapura Energy terdiri daripada syarikat bumiputera.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga mengulangi hujah yang dikemukakan oleh Fahmi. Malah Anwar berhujah jika kerajaan tidak menyelamatkan Sapura Energy maka kerajaan akan dianggap mengkhianati orang Melayu. Malah katanya jika Syarikat Sapura Energy tutup maka Malaysia terpaksa bergantung kepada syarikat-syarikat perkhidmatan asing.

Maka hujah dan alasan yang diberi oleh pentadbiran Anwar sama juga dengan hujah dan alasan Mahathir dulu iaitu bailout perlu untuk kepentingan nasional negara dan kepentingan orang Melayu.

Jadi tak banyak berubah sebenarnya kepimpinan negara kita ini dari zaman Mahathir hinggalah ke zaman Anwar Ibrahim. Jika istilah bailout itu dilihat sebagai jahat maka dicari istilah lain seperti “pelaburan strategik” menurut Fahmi.

Menurut Cambridge Dictionary perkataan bailout itu bermakna "the process of saving a company, plan, or other thing from failing by providing a lot of money."

Ringkasnya dalam Bahasa Melayu kita bailout itu bermakna: "menyelamatkan". Kerajaan keluarkan sejumlah wang yang banyak iaitu RM1.1bilion untuk selamatkan Sapura.

Itu bailout lah namanya.


Diadaptasi dari sebuah artikel hasil tulisan HASSAN ABDUL KARIM, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor, yang dipetik dari Malaysiakini, terbitan bertarikh 13 Mac 2025.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana