Ismail Sabri dihukum pra-matang, dimalukan sebelum siasatan selesai — Kewibawaan SPRM dipersoal
Kalau Ismail itu suspek, mengapa tidak tangkap?
Saya (Encik Hassan Abdul Karim) pernah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi anggota Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) bagi memantau perjalanan SPRM.
Saya lihat banyak perkara yang aneh yang dilakukan oleh SPRM dalam hal proses penyiasatannya terhadap mantan perdana menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Siasatan belum selesai tetapi perdana menteri kesembilan itu telah awal-awal lagi dianggap suspek.
Kalau suspek bermakna SPRM telah menangkap Ismail Sabri. Tetapi dia belum lagi ditahan.
Orang yang dipanggil untuk siasatan digelar OYDS iaitu orang yang disaman bukan ditangkap.
Jika SPRM berkata kepada Ismail Sabri anda ditangkap maka barulah dia dipanggil suspek.
Apabila dituduh di mahkamah maka dipanggil OKT - orang kena tuduh.
Pendedahan bahan bukti lazimnya semasa perbicaraan, tetapi lazim juga bahan bukti dipamerkan di sidang media
Pendedahan bahan bukti atau evidence lazimnya dibuat ketika perbicaraan. Tetapi dalam kes Ismail Sabri siasatan belum selesai tetapi bahan bukti telah dipamerkan pada sidang media. Apa tujuannya?
Media konvensional, media sosial jadi gelanggang Ismail dibicarakan, sepatutnya mahkamah
Investigation papers atau kertas siasatan belum lagi SPRM hantar ke pejabat pendakwa raya, tetapi Ismail Sabri telah dibicarakan di media massa dan media sosial. Apa juga tujuannya?
Inikah modus operandi baru? Bukan trial in court of justice tetapi trial by media oleh agensi kerajaan?
Saya menyokong penuh usaha kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah.
Dalam nafas yang sama sebagai ahli parlimen yang pernah menduduki JKMR saya penuh yakin atas keupayaan SPRM untuk melaksanakan tugasnya secara professional.
SPRM melanggar etika profesional
Tetapi di dalam penyiasatan yang dijalankan oleh SPRM ke atas Ismail Sabri sekarang ini terserlah kepincangan yang nyata yang melanggar etika profesional sebuah agensi penguatkuasa.
Di luar bidang kuasa SPRM bertindak sebagai pendakwa raya
Saya berharap dalam usaha kita semua termasuk SPRM untuk membanteras rasuah maka SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasa yang bidang tugasnya untuk melakukan siasatan sahaja jangan terbawa-bawa untuk melaksanakan pendakwaan pula yang terletak di bawah bidang kuasa pendakwa raya.
Maka, terserlah kepincangan nyata siasatan kes Ismail Sabri
Adaptasi dari hasil tulisan dan pandangan Encik Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor dari PKR.
Kandungan tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment