Harian Metro anggap Syed Saddiq-Bella sebagai Sepasang Merpati Dua Sejoli

RM1.36 juta untuk Muar, hasil titik peluh Syed Saddiq sebagai model bersama Bella

Seperti deskripsi nukilan akhbar Harian Metro, pasangan merpati dua sejoli, Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Cik Bella Astillah, semalam turun padang menyerahkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri untuk pengundi Parlimen Muar, Johor.

Memakai baju rona sedondon berwarna biru lembut, Ahli Parlimen Muar itu bersama Bella menyampaikan sumbangan kepada lebih 1,000 penerima.

SYED Saddiq dan Bella ketika majlis penyampaian sumbangan untuk Parlimen Muar.
Gambar Harian Metro oleh Alias Abd Rani.

Menariknya, sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM1.36 juta itu adalah hasil titik peluh Syed Saddiq sebagai model sebuah syarikat fesyen dan bergandingan dengan Bella Astillah.

Beliau itu mengakui terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq meminta agar peruntukan kawasan parlimennya dipercepatkan selepas beliau bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Katanya, jika benar beliau bakal menerima peruntukan itu, ini bermakna penantian selama 400 hari sejak menjadi Ahli Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022, berakhir.

"Saya doakan yang terbaik untuk orang Muar, kalau dapat Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih pada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) kerana sesi rundingan lebih lima kali, akan berakhir.

"Kalau benar apa yang dilaporkan, saya berharap akan ada pengakhiran yang baik. Peruntukan ini bukan untuk saya tapi warga Muar kerana akhirnya bantuan akan disalurkan terus kepada mereka.

"Kalau mereka memerlukan apa-apa bantuan seperti kerusi roda, makanan, baik pulih rumah dan sebagainya, dengan peruntukan inilah kita gunakan.

"Saya sangat berharap kerana saya melalui 400 hari tanpa peruntukan. Setakat ini apa yang dimaklumkan kepada media, saya doakan yang terbaik," katanya ketika ditemui akhbar berkenaan pada majlis tersebut.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa peruntukan untuk Parlimen Muar disekat sekali gus menyukarkan beliau menyalurkan sumbangan kepada penduduk di kawasannya..Baru-baru ini, Syed Saddiq mendapat berita gembira apabila Fadillah mengesahkan beliau akan menerima peruntukan tidak lama lagi.

Fadillah berkata, secara prinsipnya, Syed Saddiq bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise