Dr Mahathir mohon maaf daripada Jamal Yunos, sambil mendoa kesembuhannya
Mahathir tegur jangan ungkit kesalahan Jamal terhadapnya, jika ada
Dalam hantaran terbaru di Facebook, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur pihak yang menggesa pemimpin akar umbi UMNO Datuk Jamal Md Yunos yang sedang menderita penyakit barah meminta maaf daripadanya.
Mahathir berkata, perkara itu tidak perlu diungkit, lebih-lebih lagi apabila saudara seislam sedang menghadapi kesukaran.
“Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
“Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya,” katanya.
Menurut laporan media, kesihatan Jamal, ketua UMNO bahagian Sungai Besar, Selangor, semakin merosot selepas sel barah yang sebelum ini berada di paru-paru merebak ke otak, dengan saiz kira-kira 3 sentimeter.
Penghidap barah tahap empat (akhir) itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang.
Seperti dipetik Malaysiakini, Jamal dilaporkan berkata dia mengetahui perkara itu setelah menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI) kerana sakit leher dan kepala ketika memasak di rumah.
Kesihatannya mula merosot sejak September 2022, menyebabkan dia semakin lemah dan mengalami penurunan berat badan.
Jamal antara pengkritik keras Mahathir ketika pemimpin yang bakal menyambut hari lahir ke 100 itu masih bersama Bersatu dan menjadi perdana menteri kali kedua pada 2018.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment