Datang bergaya, pulang pun bergaya — Semestinya dengan Audi yang berprestij

Media melaporkan hari ini bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat hari keempat di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Menurut FMT, Ahli Parlimen Bera, Pahang itu tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.52 pagi tadi.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.52 pagi.

Beliau dipanggil sebagai suspek dalam siasatan ke atas empat bekas pegawai kanannya.

Ismail mengisytiharkan hartanya kepada SPRM pada 10 Februari lalu dan disoal siasat agensi antirasuah itu pada 19 Februari lalu.

Beliau turut disoal siasat pegawai SPRM pada Khamis dan Jumaat lalu kira-kira enam jam setiap hari.

Sebelum ini, sumber agensi antirasuah itu dilaporkan berkata, ia tidak dapat mengesahkan berapa hari Ismail akan disoal siasat.

Ismail yang dimasukkan ke hospital selepas rebah di rumahnya pada 22 Februari lalu atas masalah berkaitan tekanan darah, tidak dapat menghadiri dua sesi soal siasat yang dijadualkan bersama SPRM pada 5 dan 7 Mac lalu susulan sijil sakit dikeluarkan doktornya.

Terdahulu, SPRM dilaporkan berkata, wang tunai kira-kira RM170 juta dan 16kg jongkong emas bernilai jutaan ringgit dirampas dari kediaman empat pegawai dan tiga premis lain yang dipercayai dijadikan “safe house”.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana