Berulang kali ku nyatakan, aku...
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, bandaraya Iskandar Puteri (bersebelahan bandaraya Johor Bahru), Puan Marina Ibrahim (gambar, atas) dilaporkan sebagai berkata sistem perparitan lama yang tidak lagi mampu menampung aliran air dipercayai menjadi punca utama banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Skudai pada petang Selasa susulan hujan lebat.
![]() |
Marina meninjau kawasan terjejas banjir kilat di Skudai yang telah surut. GAMBAR OLEH SINAR HARIAN |
Menurut akhbar Sinar Harian dalam laporannya semalam, Marina menegaskan isu banjir kilat terbabit telah berulang kali dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
![]() |
Tangkap layar tular keadaan banjir kilat di sekitar Skudai pada petang Selasa. GAMBAR OLEH SINAR HARIAN |
Jelasnya lagi, kawasan yang terjejas ialah Jalan Zapin 3, Jalan Ronggeng 4, Jalan Jelawat, Jalan Baung, Jalan Kilang Nanas, Kampung Poh Chee Leng, Syahbandar, SK, dan Jalan Laksamana.
“Kami telah melakukan lawatan tapak bersama pelbagai agensi. Penduduk tidak seharusnya menerima alasan bahawa ini hanya disebabkan oleh jumlah hujan yang tinggi.
“Ini bukan kali pertama atau kedua, tetapi berkali-kali dalam setahun penduduk terpaksa menghadapi masalah yang sama,” katanya ketika dihubungi akhbar itu semalam, Rabu 5 Mac 2025.
Tambah Marina, masalah utama berpunca daripada sistem perparitan lama yang berusia 30 hingga 40 tahun, tidak mampu menampung aliran air yang semakin meningkat.
"Saliran utama di Skudai tidak cukup besar untuk menampung jumlah air yang tinggi. Contohnya di Jalan Jelawat, terdapat satu paip besar dalam longkang yang menghalang aliran air.
"Saya telah menghantar surat agar satu sesi townhall dapat dilakukan seterusnya memberi penjelasan kepada penduduk mengenai perancangan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Dalam pada itu, penduduk di Jalan Zapin merayu tindakan segera daripada pihak berkuasa untuk menangani masalah banjir yang semakin kerap melanda kawasan mereka sejak setahun kebelakangan ini.
Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Dewi rumahnya yang berusia hampir 40 tahun jarang dinaiki air sebelum ini, namun dalam tempoh setahun, kejadian banjir sudah berlaku sebanyak dua kali.
Beberapa video tular di media sosial memaparkan keadaan banjir kilat di sekitar Skudai, dengan arus deras sehingga menyebabkan rumah penduduk dinaiki air serta kesesakan lalu lintas.
"Air sangat laju, sudah seperti sungai," kata seorang pengguna jalan raya yang berkongsi pengalaman mereka ketika kejadian.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment