Ambiga dan Surendran minta DBKL dedahkan kepada umum butiran penjualan tanah kuil kepada Jakel untuk membina masjid

Peguam Zaid Malek, Ambiga Sreenevasan dan N Surendran ketika sidang media bersama ahli jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman minggu lalu.

Bukan nak jadi juara agama Hindu, tetapi pendedahan maklumat perjanjian jualan tanah DBKL kepada Jakel pada 2014 diharap dapat merungkai kemelut berunsur tradisional ini

Ini bukan isu setiap kali nak pindah atau roboh kuil Hindu, setiap kali akan berlaku ketegangan

Portal berita pro-Perikatan Nasional semalam melaporkan dua peguam aktivis menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum butiran penjualan sebidang tanah di tengah-tengah Kuala Lumpur pada 2014 kepada sebuah syarikat swasta, ketika sebuah kuil Hindu berusia 130 tahun yang menduduki tapak itu semakin mendapat tekanan pemimpin kerajaan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ia dibina secara haram.

Penganut Hindu menandatangani kain rentang menggesa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman diselamatkan di sebalik tekanan pemimpin kerajaan.

Menurut portal itu, MalaysiaNow, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Encik N Surendran merujuk kepada perjanjian jual beli tanah bertarikh 12 Mei 2014 di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Jakel Trading, syarikat tekstil yang bercadang membina sebuah masjid yang bakal dinamakan sempena slogan politik Pakatan Harapan, "Madani".

"Kami mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa dengan mendedahkan perjanjian jual beli itu, boleh membantu mencapai penyelesaian masalah sekarang, selain memastikan akauntabiliti dan ketelusan awam berhubung penjualan tanah kerajaan kepada sebuah entiti swasta," portal pro+pembangkang itu memetik mereka sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang berusia lebih satu abad, kini masih wujud di sebalik bangunan pencakar langit berhampiran kawasan Jalan Masjid India.

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, yang terletak berlawanan Jakel Mall berhampiran Jalan Masjid India, pada asalnya dibina pada 1893, tetapi diarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berpindah ke tanah yang didudukinya sekarang.

Tanah kerajaan itu bertukar hak milik kepada Jakel pada 2014 susulan keputusan DBKL menjualnya kepada syarikat itu.

Menurut portal lantang itu, jawatankuasa kuil berkata mereka tidak dibawa berunding mengenai penjualan itu, dan tidak juga ditawarkan membeli tanah tersebut, walaupun diberi kebenaran untuk membina semula kuil di tapak yang sama.

Jakel berkata ia telah mengadakan perbincangan dengan pihak kuil sejak bertahun-tahun.

Status tanah itu mendapat perhatian selepas media mendedahkan bahawa Anwar akan menghadiri sebuah majlis pecah tanah pada Jumaat ini untuk pembinaan "Masjid Madani", dalam apa yang dilihat sebagai usaha perdana menteri cuba meraih sokongan orang Melayu kepada kerajaan campurannya selepas lebih dua tahun berkuasa.

Jakel menyifatkan majlis pecah tanah itu sebagai simbolik dan bukan bermakna masjid tersebut akan dibina segera.

Dalam menjawab pendedahan media minggu lalu, kedua-dua DBKL dan Jakel berkata mereka akan memastikan rundingan diteruskan dan memberikan jaminan kuil itu tidak akan diusir atau dirobohkan.

Syarikat itu juga dilaporkan sedang mempertimbangkan idea dikemukakan beberapa pihak supaya "Masjid Madani" yang dicadangkan itu dibina bersebelahan kuil sebagai meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Anwar setakat ini mengesahkan majlis pecah tanah itu akan diteruskan.

Ia mengundang kritikan peguam Encik Zaid Malek yang mempersoalkan perdana menteri cuba mendahulukan rundingan antara DBKL, Jakel dan kuil yang masih berjalan.

"Mengapa Anwar tergesa-gesa mahu melakukan upacara pecah tanah pada 27 Mac sedangkan perbincangan antara kuil dan DBKL masih berjalan? Mengapa Anwar tidak bersedia memberi ruang dan masa yang diperlukan untuk proses itu berjalan?" soal Zaid, seperti dipetik portal berkenaan.

Sementara itu, Ambiga dan Surendran berkata mereka dimaklumkan perjanjian jual beli tanah itu "mengandungi peruntukan dan maklumat mengenai hak dan status kuil di atas tanah itu".

Mereka menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk segera mengeluarkan dokumen itu untuk menghentikan spekulasi.

"Ini bagi memastikan fakta dan keadaan sebenar penjualan itu didedahkan kepada orang ramai dan pihak berkuasa berkaitan yang mungkin bertanggungjawab untuk menelitinya," tambah mereka.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana