Abang Belon tolak penguatkuasa DBKL, tak takut sebab dilindungi 'Ayahanda'?
Insiden kekasaran melibatkan peniaga dan penguat kuasa didakwa bermula apabila “Abang Belon” menolak pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ketika teguran ketiga diberikan, penjaja belon tersebut bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila beliau menolak petugas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas,” dakwa DBKL.
“Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang dan menghalang kemungkinan insiden yang lebih serius, anggota penguat kuasa berpakaian preman bertindak pantas untuk menenangkan dan memisahkan penjaja terbabit daripada terus mengasari petugas penguat kuasa.”
Insiden itu menarik perhatian awam setelah tular.
Pengendalian penguat kuasa itu antaranya dikritik oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim serta pemimpin pembangkang.
‘Tegang lepas peniaga lain campur tangan’
Dalam kenyataan sebentar tadi, DBKL berkata mereka terpaksa bertindak pantas untuk menenangkan dan memisahkan penjaja terbabit daripada terus mengasari petugas penguat kuasa.
“Situasi menjadi tegang apabila beberapa penjaja lain cuba campur tangan, namun keadaan berjaya dikawal dan ditenangkan tidak lama kemudian.
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.
DBKL mengesahkan insiden melibatkan penjual belon tanpa lesen itu berlaku hampir jam 12 tengah malam tadi di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara.
DBKL berkata sewaktu rondaan rondaan berkala, penguat kuasa mendapati kehadiran beberapa penjaja tanpa lesen yang menjalankan aktiviti perniagaan di laluan pejalan kaki.
“Kehadiran mereka telah menghalang pergerakan orang ramai dan menyebabkan kesesakan, terutamanya ketika musim persiapan sambutan Aidilfitri yang menyaksikan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai,” kata dewan itu.
Tak kira kaum
DBKL berkata penjaja tanpa lesen memberikan kerjasama dan beredar dari kawasan tersebut tetapi penjual belon itu tidak mengendahkannya walaupun teguran diberikan dua kali.
“DBKL ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan tanpa mengambil kira sebarang latar belakang kaum.
“Penguatkuasaan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai sebarang motif perkauman,” kata DBKL.
Sementara itu, DBKL juga berkata akan menjalankan siasatan lanjut dan mengambil keterangan daripada semua anggota penguat kuasa yang terlibat dalam insiden tersebut.
Sekiranya perlu, DBKL juga akan meneliti penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) dalam tindakan penguatkuasaan bagi memastikan perkara yang tidak diingini dielak.
“Sehubungan dengan itu, DBKL memohon kerjasama semua pihak untuk menghentikan hebahan sentimen serta spekulasi negatif dan tidak bertanggungjawab yang boleh mengeruhkan keadaan selain turut menyeru agar peraturan yang ditetapkan dipatuhi.
“DBKL akan berusaha untuk terus memastikan keharmonian dan keselamatan awam sentiasa terpelihara,” katanya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment