Ketiadaan Hadi dalam senarai bakal PM mungkin bermaksud beliau akan diberi jawatan "Ayatollah" seperti di Iran
Dipercayai cuba memberi tekanan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai perdana menteri gara-gara isu titah adendum, penyenaraian bakal PM pihak pembangkang menimbulkan perbalahan sesama sendiri, selain sindir-menyindir antara DAP dan PAS.
Ketiadaan Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam senarai bakal PM bukanlah bermaksud beliau diketepikan atau tidak layak untuk memegang jawatan itu. Sebaliknya, ia mungkin membawa makna pembangkang akan mencipta satu jawatan lebih tinggi dari jawatan PM untuk presiden PAS itu.
Semalam, Malaysiakini memetik hantaran di media sosial Ketua Penerangan PAS Encik Ahmad Fadhli Shaari pada hari sama, mencabar kepimpinan DAP untuk menjawab mengenai ketiadaan pengerusi parti itu, Encik Lim Guan Eng, dalam barisan kabinet pimpinan Anwar Ibrahim.
Menerusi satu hantaran di Facebook semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mempersoalkan jika Lim yang sebelum ini setiausaha agung DAP selama dua penggal adakah juga tidak layak.
“Terlanjur bicara hal ini, saya juga ingin bertanya, kenapa pemimpin hebat DAP iaitu YB Bagan yang juga pengerusi kebangsaan DAP tiada dalam kabinet PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim)?
“Beliau tidak layakkah? Atau pengerusi kebangsaan DAP itu jawatan yang kecil di sisi DAP?
“Alang-alang tepi kain kita dijaga orang, apa salahnya kita pun bertanya hal tepi kain orang lain,” katanya.
Untuk rekod, Lim pernah dilantik sebagai menteri kewangan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada 2018. Beliau memegang jawatan setiausaha agung DAP selama dua penggal dan perlembagaan parti mensyaratkan seseorang tidak boleh dilantik untuk tempoh melebihi dua penggal.
Ahmad Fadhli membuat sindiran itu semasa menjelaskan isu calon perdana menteri daripada Perikatan Nasional (PN) yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen Machang, Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Ahli parlimen Machang itu menamakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalannya Datuk Seri Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurutnya, kenyataan pemimpin Bersatu itu yang tidak menamakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang calon PN, bukan isu besar tetapi hanya satu cadangan.
“Soal tidak disebut Presiden PAS itu pun bukan satu isu besar memandangkan beliau dari Bersatu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Ahmad Fadhli berkata apabila Wan Ahmad Fayhsal menamakan beberapa pemimpin PAS itupun sudah merupakan satu penghormatan.
Dia mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang meluahkan rasa pelik dengan perkara itu, setelah Wan Ahmad Fayhsal menyenaraikan empat nama tanpa menyebut nama presiden PAS itu.
“Adakah Wan Ahmad (Fayhsal) fikir Abdul Hadi tak layak, atau sebenarnya ada isu antara PAS dan Bersatu yang buat nama Hadi tak disenaraikan?” soalnya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment