Tan Sri Pengerusi Spanco mengaku tidak bersalah tipu kerajaan kontrak RM3.9b
Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, media Malaysia dan luar negara melaporkan.
Menurut portal berita dari media arus perdana Malaysiakini, tokoh korporat itu didakwa atas kesalahan menipu Kementerian Kewangan (MOF) antara 27 Februari dan 28 Februari 2019 di Putrajaya sehingga dianugerahkan kontrak RM3.9 bilion.
Tan, 83, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu.
Mengikut kertas pertuduhan Tan didakwa menipu Kementerian Kewangan Malaysia dengan memperdayakan Jawatankuasa Pembuka Peti Tender terdapat pemilikan saham sekurang-kurangnya 30 peratus oleh bumiputera di dalam syarikat Spanco Sdn Bhd.
"Dengan itu kamu secara tidak jujur telah mendorong Kementerian Kewangan Malaysia untuk menganugerahkan kontrak "Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle Fleet bernilai RM3,966,386,628.00 kepada syarikat Spanco Sdn Bhd, yang mana Kementerian Kewangan Malaysia tidak akan berbuat begitu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian,” kata kertas pertuduhan.
Timbalan pendakwa raya Encik Mahadi Jumaat kemudian berkata kedua-dua pihak bersetuju dengan jumlah jaminan RM2 juta yang ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Hakim Puan Suzana Hussin yang mendengar kes terbabit.
Spanco, ditubuhkan pada tahun 1988 merupakan pembekal swasta terbesar bagi penyelesaian pengurusan kenderaan kerajaan Malaysia.
Terdahulu Tan hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah jam 8.13 pagi.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment