Perlantikan Tengku Mahkota Kelantan yang baharu menggantikan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra
Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan berkuatkuasa 4 Januari 2024. (Gambar Fail NSTP) |
Media melaporkan Istana Kelantan menarik balik gelaran dan jawatan Tengku Mahkota yang dikurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan menganugerahkannya kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang juga Tengku Bendahara Kelantan.
KEPUTUSAN MAJLIS PERAJAAN KELANTAN, BADAN UNTUK MENGESAHKAN KENAIKAN TAKHTA DAN KERAJAAN NEGERI |
Bekas Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra |
Menurut warta yang turut beredar di media sosial itu, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Majlis Perajaan Kelantan pada 4 Januari lalu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Bharu.
Keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bawah Fasal (2) Perkara 27 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Kedua) yang dibaca bersama dengan Seksyen 27 Interpretation Acts 1948 dan 1967.
Tiada alasan dinyatakan susulan pertukaran pemegang gelaran itu.
Malaysiakini berkata sejak semalam mereka cuba mendapatkan penjelasan istana dan kerajaan negeri tetapi tidak berjaya.
Majlis Perajaan Kelantan ialah badan untuk mengesahkan kenaikan takhta dan kerajaan Kelantan.
Ia dianggotai oleh 20 anggota, termasuk setiausaha kerajaan negeri, mutfi, empat orang ahli kerabat diraja dan enam hingga 12 orang anggota berbangsa Melayu dan rakyat negeri itu.
Tengku Fa-iz, putera kedua almarhun Sultan Ismail Petra, menjadi Tengku Mahkota dan sebagai pewaris takhta selama kira-kira 13 tahun bermula 18 Oktober 2010.
Tengku Fakhry, putera ketiga Sultan Ismail, pernah mencuri perhatian media selepas dilucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah pada 2010 oleh kekandanya Sultan Muhammad V.
Baginda juga terlibat dalam kes mahkamah setelah menyaman ketua polis negara sebelum ini Tan Sri Ismail Omar setelah mendakwa ditahan secara salah pada 2009 di pekarangan Istana Mahkota Kubang Kerian ketika sedang memandu kereta Bentley Brooklands.
Selain itu, baginda juga berdepan perang mulut dengan bekas isteri Manohara Odelia Pinot dan ibu mentuanya Daisy Fajarina atas dakwaan mendera gadis warganegara Indonesia dan Amerika Syarikat itu.
Kes itu bagaimanapun dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Manohara serta Daisy diperintahkan membayar ganti rugi RM6 juta kepada Tengku Fakhry dalam kes fitnah itu.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang |
Comments
Post a Comment