Pendakwah didakwa rogol penggiat media sosial, dakwaan difitnah dan kes Howard Lee, masih dalam siasatan

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

Agensi berita nasional Malaysia, Bernama melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu media bahawa kes agamawan dan pendakwah selebriti bebas Malaysia didakwa merogol penggiat media sosial wanita dari Indonesia, masih di dalam proses siasatan.

Pada masa sama, agamawan dan pendakwah berkenaan bertindak balas membuat laporan polis menafikan dirinya merogol, serta melakukan gangguan seksual terhadap wanita itu.

Walaupun Bernama tidak menyebut nama, kes-kes berkenaan dipercayai merujuk kepada pembabitan dua individu, Ustaz Ebit Lew dan Mondy Tattoo.

Ebit Lew sebelum ini diberitakan turut membuat laporan polis bahawa dirinya telah difitnah melakukan perbuatan tidak bermoral seperti ditularkan kepada wanita yang dikenali sebagai Mondy Tattoo itu.

Ayob Khan seterusnya memaklumkan seramai sepuluh orang telah memberi keterangan dan Polis akan memanggil beberapa orang lagi.

Sementara itu, mengulas kes ahli parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How yang didakwa menyentuh kesensitifan Islam dengan mentafsir Surah tertentu dalam al Quran, Ayob Khan berkata pihaknya telah menerima dua laporan polis mengenai perkara berkenaan.

"Keterangan Lee telah diambil di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Perak pada hari Selasa, 26 September, 2023. Lee disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Kesiksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Howard Lee telah pun memohon maaf secara terbuka kerana memetik surah-surah Al Quran di media sosial baru-baru ini selain menyatakan beliau tidak berniat sama sekali untuk melanggar kesensitifan masyarakat Islam.

Ayob Khan membuat kenyataan berkenaan sejurus selepas mempengerusikan majlis penyerahan tugas Pengarah Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam, Jumaat 29 September.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Dibantu oleh Kwai Fong Chin, 
Penolong Pengarang


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri