Ketegasan Syed Saddiq hanya kepada DNAA Zahid Hamidi?
Dalam politik, seseorang yang lurus dan mencari kebenaran, biasanya akan berakhir dengan kegagalan.
Sungguhpun begitu, bukan semua orang ingin mencari kemenangan dalam hidup. Bagi orang dalam kumpulan ini, kebenaran adalah matlamat yang sebenar.
Namun, pencari kebenaran harus sedar, tanpa kemenangan yang akan memberi kuasa kepadanya, bagaimanakah caranya dia boleh menegakkan kebenaran?
Inilah komplikasi yang sedang kita hadapi dalam politik. Kebenaran semata-mata tanpa berpijak di bumi nyata tidak akan membawa kita ke mana-mana.
Memang ramai membantah keputusan mahkamah melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi tidak membebaskannya. Permadu pun bantah juga.
Menyedihkan, ia hanya bantahan tanpa sebarang solusi.
Secara tersirat, mereka mahu lihat kerajaan perpaduan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbang. Itu sahaja. Maka bolehlah kerajaan baru pimpinan Abah Prihatin take over.
Jangan sampai kita terpaksa guna pepatah Melayu: Terlepas dari mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya.π§
Dalam video di bawah, terbitan MGNews bertarikh 19 September 2023, perdana menteri Anwar Ibrahim mempersoalkan di Dewan Rakyat mengapa pihak pembangkang, dipercayai merujuk kepada gabungan Perikatan Nasional (PN) dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengapa membisu terhadap rasuah-rasuah berskala besar yang membabitkan pemimpin-pemimpin terdahulu.
Meskipun tidak menyebut nama, Anwar dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Untuk MENONTON video, Tekan lama Pautan di bawahπ, kemudian tekan Open
https://youtu.be/UcQ9zeV0aT0?si=EJyneKN4YrznW2dw
Parti Muda pimpinan Syed Saddiq kelihatan goyang dan tidak cukup stabil walaupun beliau yang menginisiatifkan Undi 18. Malangnya, keputusan PRU15 pada November 2022 dan PRN enam negeri pada Ogos 2023 memberi petunjuk bahawa golongan orang muda tidak menyokong parti Muda itu sendiri.
Syed Saddiq sendiri, yang pernah menjadi menteri pada usia 25 tahun, sedang berdepan kes mahkamah serius berkaitan rasuah dan pecah amanah (Criminal Breach of Trust - CBT).
Sementara itu, seorang lagi bekas menteri, yang juga ahli UMNO yang telah dipecat, Khairy Jamaluddin, memberi pesanan supaya berhati-hati jika ingin berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu merujuk kepada insiden bekas menteri, Radzi Jidin yang menyerang Anwar di Parlimen pada 19 September 2023.
Akhirnya, Radzi sedang berhadapan risiko didakwa di mahkamah berkaitan kes rasuah projek mencetak buku teks sekolah rendah bernilai RM80 juta.
TONTON VIDEO terbitan KiniTV bertarikh 26 September 2023:
Ada satu soalan untuk Khairy, kalau anda bersih dan tidak terlibat dengan rasuah, mengapa mesti risau?
Oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment