Hydroshoppe, pengurusan baru Menara KL kata tidak teragak-agak bertindak

 Hydroshoppe pandang serius penyebaran maklumat palsu atau berunsur fitnah berkaitan mereka

Pengurusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) iaitu Hydroshoppe Sdn Bhd tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat menyebarkan maklumat palsu atau berunsur fitnah terhadap MKLSB, Hydroshoppe Sdn Bhd atau pengarah mereka.

Syarikat itu berkata pihaknya memandang serius apa yang menurutnya sebagai penyebaran maklumat palsu atau berunsur fitnah berkaitan mereka.

Seperti dilapor Malaysiakini, syarikat itu menegaskan semua urus niaga berkaitan MKLSB dilakukan mengikut undang-undang serta dengan usaha wajar (due diligence).

"Kami akan buat siasatan lanjut. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terlibat dan kami akan tuntut ganti rugi.

"Kami juga akan berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Digital berhubung perkara ini untuk menjelaskan keadaan," kata syarikat itu dalam kenyataan.

Syarikat itu juga meminta pengguna media sosial untuk berhenti menyebarkan maklumat yang didakwa palsu serta membuat kenyataan fitnah dan spekulasi, yang menurutnya bertujuan menjejaskan reputasi mereka.

Terdahulu minggu ini, isu penjualan saham dalam Menara KL Sdn Bhd telah dibangkitkan di media sosial. Urus niaga itu mengundang perhatian kerana syarikat pengurusan itu dikatakan sangat menguntungkan, pada masa sama syarikat yang membeli saham TM tidak dikenali.

Semalam TM berkata pihaknya memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

Menurut Telekom Malaysia, keputusan pilih Hydroshoppe dibuat oleh kerajaan

TM juga berkata proses untuk memilih pemegang konsesi baru dibuat oleh kerajaan.

SPRM juga telah memulakan siasatan dan setakat semalam telah memanggil tiga saksi dan mendapatkan sejumlah dokumen dari pihak berkaitan.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim