Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak
Ramai sangat yang bercakap bagi pihak Sultan Pahang. Entah ya entah tidak. Biar Sultan Pahang sendiri yang bertitah memperjelas perkara sebenar. Mencampur aduk politik dan sistem perundangan sangat merbahaya dan boleh menghancurkan negara selain menghakis keyakinan rakyat terhadap pemerintah. Malangnya, inilah yang telah, sedang dan dijangka akan terus berlaku. Sudah menjadi rahsia terbuka, persepsi rakyat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diselamatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kes prima facie melibatkan 47 pertuduhan melalui DNAA. Pada masa sama, Anwar kata dia tidak pernah campur perihal sistem kehakiman di negara ini. Rakyat berhak untuk mempercayainya atau sebaliknya. Adakah hanya musuh politik yang kena itu satu kebetulan? Apapun, janganlah kita hanya pandai menyalahkan Anwar sahaja kerana hampir semua perdana menteri terdahulu melakukan perkara yang serupa. Terbaharu, isu titah addendum yang menjurus bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini se...
Comments
Post a Comment