Sharkar ucap selamat pulang ke kampung halaman

Pesanan dari tokoh politik dari Temerloh, Pahang

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa hari sahaja lagi, EXCO Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing kepada mereka yang sedang berada di perantauan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Kawasan Lanchang itu berharap perjalanan dipermudahkan dan lancar menuju destinasi.

Kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia itu, kesesakan lalu lintas dijangka berlaku memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bermurah hati mengumumkan tol percuma di hari-hari tertentu menjelang perayaan terbesar masyarakat Islam di negara ini.

Mohd Sharkar, juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh mengingatkan agar mereka membuat persediaan yang sewajarnya sebelum memulakan perjalanan.

Antaranya, bekalan susu untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

Beliau menyampaikan ucapan melalui satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

Permadu Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca yang beragama Islam.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Persiapan Berita
dibantu oleh Pasukan Penulis Berita Permadu

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT