Mungkin bukan Ebit Lew, tapi aplikasi tukar wajah


Blog Edisi Siasat merujuk kepada sebuah artikel di portal asamboi.net siaran hari ini.

Menurut blog tersebut, mereka tidak berniat untuk mengganggu siasatan pihak polis berkaitan video seks yang didakwa aksinya dilakukan oleh seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Tetapi sekadar berkongsi pandangan sambil meminta pembaca menilai sendiri.

Video Player
Video Player



Zzz


Dengan kecanggihan teknologi hari ini, untuk menghasilkan video palsu dengan mengubah wajah seseorang tidak lagi memerlukan khidmat pakar.

Cukup dengan mempunyai aplikasi yang diperlukan, seseorang itu sudah boleh menghasilkan video palsu yang dikehendakinya.

Salah satu aplikasi yang cukup mudah digunakan ialah dengan menggunakan aplikasi Reface.

Namun, setiap yang tiruan itu ada kelemahannya.

Blog tersebut turut berkongsi beberapa tips mudah untuk kita mengetahui ketulenan sesuatu video yang kita tonton.

Video Player
00:00
02:14
Semak di Youtube sama ada terdapat video yang sama dengan menggunakan kata kunci (lihat video di atas).

Cara yang agak teknikal ialah dengan melihat kedudukan bayang-bayang berbanding punca cahaya dan kestabilan warna pada objek.

Jadi, adakah Ustaz Ebit Lew menjadi mangsa kepada teknologi video palsu yang dilakukan dan disebarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

    "Jangan kita berspekulasi, sama-sama kita biarkan pihak polis selesaikan siasatan mereka kerana mereka mempunyai kepakaran dan peralatan yang mencukupi," kata Edisi Siasat.

    "Berhati-hatilah di dalam menyebarkan bahan maklumat di media sosial supaya kita tidak terjebak kepada perbuatan fitnah yang bukan sahaja sangat hina di mata masyarakat, malah besar dosanya di sisi Allah SWT."


    End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu



    Disediakan oleh Nazura Othman,
    Wartawan Kanan Permadu Malaysia

     Disunting oleh KETUA PENGARANG

    © 2021 Permadu Harmony Bersepadu
    Semua Hak Cipta Terpelihara
    E-mel permadu@gmail.com
ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN JEMAAH SIDANG PENGARANG PERMADU MALAYSIA 


Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!