Selepas jumpa Agong, Azhar dan Rais tukar pendirian

 Dua ahli fikir yang sering menampilkan mimik serius wajah sedang berfikir


Menjunjung titah cadang kepada PM sidang khas parlimen sebelum 1 Ogos ini

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata pihaknya mencadangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, yang lebih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin agar satu sidang khas Parlimen diadakan sebelum Ogos 2021.

Cadangan itu susulan mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Istana Negara, semalam.

Menerusi satu kenyataan bersama hari ini, Malaysiakini melaporkan Azhar dan Rais berkata dalam sesi menghadap semalam, Sultan Abdullah menitahkan yang sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

"Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan.

"Titah (Agong) pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada perdana menteri dan dicadangkan kepadanya agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," kata mereka.

Selain Azhar dan Rais, turut serta dalam sesi menghadap semalam adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Mohamad Ali Mohamad serta kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook Istana Negara berkata dalam pertemuan sejam itu, Agong antara lain menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut prosedur operasi standard Covid-19.

Sidang itu bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen.

Ahmad Fadil juga berkata, Agong turut berpandangan semua jawatankuasa pilihan Parlimen perlu meneruskan sesi mesyuarat mereka.

Sidang Parlimen dan DUN telah digantung sejak 11 Januari lalu, susulan penguatkuasaan darurat.

Pada 16 Jun, selepas mempengerusikan pertemuan khas dengan raja-raja Melayu, Agong bertitah agar Parlimen bersidang “secepat mungkin”.

Pada 25 Jun, Rais dan Azhar berkata bahawa Parlimen sedang mengkaji persidangan secara hibrid, dan memerlukan masa untuk membuat persediaan.

Sehari kemudian, kedua-dua mereka dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. End©Permadu

Noraniza Idris
Kempen Dengarlah Lagu-lagu Tempatan disokong Permadu Malaysia



Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?