AWAK SEKARANG MENTERI, BUKAN MUFTI LAGI

Soal akauntabiliti, ketelusan, kebocoran sistem dan pematuhan undang-undang

Datuk Dr Zulkifli Al Bakri 


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri diminta berfikir dan bertindak sebagai seorang menteri sekarang bukannya sebagai seorang mufti lagi sebagaimana sebelum ini.

Ini berikutan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu selepas terdedahnya tragedi 40 tahun penduduk negara ini memakan daging import tanpa kesahihan status halal atau haramnya.

“Bila dah jadi menteri, orang tidak lagi bertanya tentang status halal atau haram. Itu kerja mufti.

“Sebagai menteri kena fikir tentang akauntabiliti, tentang ketelusan, tentang kebocoran sistem dan tentang rules of law,” Malaysia Dateline memetik Jamzuri Ardani, penulis dan aktivis politik sebagai berkata ketika mengulas kenyataan Dr Zulkifli sebelum ini.

Jamzuri Ardani

Bagi beliau, apabila menteri masih berfikir seperti seorang mufti pun masalah juga.

“Isunya bukan soal yakin atau tidak untuk makan daging import. Isunya bagaimana perkara itu boleh terjadi dan apa langkah pembaikan yang telah dilakukan.

"Siapa yang harus dipertanggungjawabkan?” soal beliau menerusi Facebook.

Dr Zulkifi dalam satu laporan media semalam berkata, terserah kepada umat Islam untuk memakan daging import atau tidak selepas semua perkara telah dijelaskan oleh kerajaan menerusi Dewan Negara kelmarin.

“Bagaimanapun, sekiranya masih was-was, mereka perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.

"Saya berdoa pada Allah SWT supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” katanya selepas merasmikan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam.

Zulkifli mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang menyarankan orang ramai menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. Dr Zul ni Menteri Agama Islam Malaysia atau Menteri untuk semua Agama di Malaysia? Saja tanya jer.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar