M DAUD KILAU BAKAL TERIMA KERUSI RODA OKTOBER INI

Derita M Daud Kilau dapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat


KEADAAN penyanyi veteran, M. Daud Kilau ketika ditemui wartawan Utusan di kediamannya di Sungai Balai Baru semalam. 
(Gambar ihsan dari UTUSAN/ AIN SAFRE)

Akhbar Utusan Malaysia semalam menyiarkan berita penderitaan kesihatan yang dialami penyanyi veteran M Daud Kilau.

Mengidap kencing manis, kebas kaki dan beberapa komplikasi, Raja Gelek Malaysia memberitahu Utusan mengenai kehilangan pendapatan sejak empat tahun lalu atas sebab kesihatan.

Malaysiakini turut menyiarkan kisah M Daud Kilau hari ini. Portal itu menarik perhatian penyanyi berusia 82 tahun itu mengharapkan sesiapa atau mana-mana pihak dapat meminjamkan kepadanya sebuah kerusi roda elektrik. 

Menambah sebak, penyanyi lagu hits Sireh Pinang dan Cek Mek Molek itu berkata pemilik kerusi roda yang dipinjamkan kepadanya boleh mengambil kembali kerusi roda tersebut selepas beliau meninggal dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak memberitahu sebuah portal berita Gempak bahawa penyanyi itu telah diminta menyediakan dokumen untuk tujuan berkenaan. Sekiranya semua dokumen lengkap, M Daud Kilau dijangka akan menerima bantuan kerusi roda Oktober ini.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan samada kerusi roda biasa atau jenis elektrik.

Gempak juga melaporkan M Daud Kilau menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 sebulan sejak empat bulan lalu dari Pertubuhan Seniman Malaysia.


oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Konsultan Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media 
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

  1. Selamat datang ke Pinjaman Kredit Universal
    Kami menyediakan Pinjaman seperti:
    Pinjaman peribadi
    Pinjaman Perniagaan
    Pinjaman Rumah
    Pinjaman Penyatuan Hutang
    Pinjaman Kenderaan
    Pinjaman Pembiayaan Semula
    Pinjaman Pelaburan Modal Teroka
    Pinjaman Permulaan dan banyak lagi.
    Kami menawarkan Pinjaman dari $5,000.00 hingga $10,000,000,000. pada kadar faedah 5% dari tempoh pembayaran balik 1-20 tahun.
    Untuk maklumat lanjut e-mel: universalcreditslending@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!