Fauzi Abdul Kadir's Permadu Group of Businesses' official blog. Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
ULAMAK KONTROVERSI BERSERAH KEPADA "ALLAH DAN LAWYER"
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Mokhtar Senik berserah kepada "Allah dan lawyer" selepas buat laporan polis
AHLI jawatankuasa pusat Parti Islam Se-Malaysia (PAS)Mokhtar Senik (gambar atas) membuat laporan polis hari ini, demikian menurut kebanyakan media popular dalam talian, berasaskan hantaran di Facebook tokoh agamawan itu sendiri.
Beliau tidak menyebut secara khusus sebab laporan itu dibuat.
Bagaimanapun, minggu lepas ulamak PAS itu mendakwa terdapat pihak menyalah guna nombor telefonnya, seperti dilapor Malaysiakini.
“Alhamdulillah saya dah buat report.
“Selepas ini saya serah kepada Allah dan lawyer. Tiada apa-apa ulasan selepas ini.
“Tunggu sahaja di mahkamah,” menurut status di Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik gambarnya dengan laporan polis itu bersama pihak yang mengiringinya.
Setakat ini tidak jelas di mana dan masa tepat laporan polis itu dibuat.
Mokhtar pada 24 Jun 2020 lalu berkata beliau terpaksa menyekat dan beralih ke nombor baru setelah nombor telefon lama didakwa disalah guna.
Mokhtar sejak minggu lalu berdepan serangan di Internet, khususnya oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Alexander Pittsuwan Thomprason.
Alexander Pittsuwan Thomprason
Sementara itu, Alexander berkata dia mengalu-alukan perkara itu.
“Kalau betul dah pasang lawyer dan dah plan (rancang)nak saman saya, baguslah.
“Pasal di dalam mahkamah, kedua-dua pihak termasuk diri saya tak boleh bohong dan sembunyikan apa-apa maklumat dan bahan bukti.
“Bring it on (cubalah),” kata lelaki 40-an itu.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV
Comments
Post a Comment