KHALED NORDIN BELASAH WAN SAIFUL DENGAN PUKULAN TKO
Khaled Nordin, pemimpin berani dan berpandangan jauh


Pada 6 Mac 2019, Wan Saiful, ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM berkata gabungan Umno dan PAS tidak akan kekal. Beliau berkata “penyatuan Umno dan PAS juga tidak nampak keupayaannya untuk kekal kerana asas perjuangan yang tidak kukuh disebabkan bermain isu agama dan bangsa yang tidak baik untuk negara”.
Semalam, Wan Saiful bersuara lagi. Kini, beliau seru pula kononnya Umno mestilah bersedia berkorban demi mengukuhkan Perikatan Nasional (PN). Seruan ini tidak lain kerana beliau tahu, hanya Umno dan PAS yang boleh menyelamatkan PPBM.
Demikianlah pentas politik Malaysia yang dibanjiri dengan mereka yang pelbagai ragam, karakter, dan perspektifnya. Malangnya, bukan dengan cara yang menguntungkan.
Politik Malaysia sangat memerlukan mereka yang berpandangan jauh, tidak gelojoh dengan kuasa, menjaga lisan, dan selalu mengutamakan misi yang lebih besar. Bukan “amatur” yang pendirian dan pandangannya sentiasa berubah-ubah mengikut laras kuasa dan bukannya perjuangan. Malah, pendirian dan prinsip mereka bertukar dan berubah lebih pantas dari Covid-19 merebak.
Benar, Umno parti yang sedia berkorban untuk rakan politiknya. Telah puluhan kali Umno berkorban memperkuatkan rakan dalam Barisan Nasional (BN). Memberikan mereka ruang bertanding di kawasan yang paling boleh dimenangi Umno. Malah, dalam banyak keadaan, Umno parti yang sentiasa berkongsi sumber, tenaga, dan kepimpinan untuk memastikan keluarga besar BN bertahan.
Tetapi setelah Umno tewas dalam PRU-14, Umno dewasa dengan pengalaman. Umno kenal benar siapa lawan dan siapa kawan. Umno tahu siapa yang bersetia dengannya dan siapa yang sekadar mencari kehidupan dan keuntungan sahaja. Umno sekarang ini memilih hanya untuk berkorban demi agama, bangsa Melayu, dan tanah air. Ini satu-satunya misi Umno. Jika Umno mengabaikan misi ini, orang Melayu dan rakyat akan menolaknya. Jadi, Umno tidak akan membiarkan dirinya dihukum, sekali lagi.
Yang pasti, Umno bukan talian hayat untuk menyelamatkan mana-mana parti, atau mana-mana ahli politik, atau mana-mana pemimpin. Umno talian hayat untuk orang Melayu.
Jadi, PPBM itu yang harus berkorban dan bekerja untuk membangunkan kekuatannya sendiri terlebih dahulu sebelum PN boleh dikuatkan. Bukan menuntut pengorbanan dari Umno. Untuk menjadi rakan strategik Umno, PPBM mesti mempunyai kekuatan tersendiri yang akan menghasilkan manfaat menang-menang kepada Umno.
Umno tidak akan berkorban untuk memberi nyawa kepada mereka yang meninggalkan Umno semasa parti ini tewas dan terjatuh parah. Kepada mereka ini, Umno mungkin memaafkan tetapi tidak akan melupakan. Adalah lebih baik bagi Umno menumpukan kekuatan dan tenaganya untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu menyertai misinya daripada memikirkan hal mereka yang pernah mencemuh, mencaci, dan membenci Umno.
Umno bukan untuk sesetengah elit atau mereka yang berasa koridor kuasa milik mutlaknya. Umno untuk orang Melayu dan negara yang lebih baik. Tanpa mereka ini, Umno akan terus hidup. Tetapi, tanpa Umno, kita tidak pasti apa masa depan mereka.
Umno sedar dan insaf, survivalnya pada undi orang Melayu dan bukan Melayu. Bukan pada kerjasama politik yang bersifat sementara di peringkat yang tidak pun mewakili keseluruhan parti.
Umno membuka ruang kepada PPBM untuk menyertai misi besarnya. Ini ajakan yang ikhlas dan tulus. Mungkin sudah tiba masanya, PPBM yang perlu berkorban demi orang Melayu dengan menyertai Umno dan bersama-sama menguatkan BN. Pilihannya jelas. Terpulanglah.
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Kumpulan Permadu Media
Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV
Yang UMNO masih ada ialah pengampu dan parasit yang hanya mencari keuntungan dan kekayaan untuk diri sendiri, berselindung disebalik topeng kononnya sebagai penyokong untuk memperjuangkan dan mertabatkan maruah bangsa melayu.
ReplyDelete