UMUR 60 TAHUN DILARANG NAIK KERETA

King Abdullah II Ibni King Al-Hussein,
Raja Jordan

SALURAN radio Bahasa Melayu Warna, sebuah stesen MediaCorp Singapura melaporkan Malaysia dan Jordan sudah mula melonggarkan perintah kawalan pergerakan di negara masing-masing mulai hari ini, Rabu 29 April 2020.

Menurut laporan berita di saluran radio tersebut, Menteri Kanan Keselamatan Malaysia Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa maksimum dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan.

Bagaimanapun, Ismail menegaskan mereka mestilah ahli keluarga atau datang dari rumah yang sama. Orang ramai dibenarkan memandu sejauh tidak lebih 10 kilometer dari rumah atas tujuan membeli makanan, barang keperluan dan ubat-ubatan dari 8 pagi hingga 8 malam.

Ismail Sabri Yaakob,
menteri kanan keselamatan Malaysia

Memandu atas niat bersiar-siar semata-mata tanpa tujuan khusus tidak dibenarkan.

Sementara itu, Jordan turut melonggarkan peraturan sejak perintah berkurung selama sebulan, dengan membenarkan tiga orang dalam satu kereta dari 8 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun, seseorang yang berusia 60 tahun ke atas atau remaja berusia 16 tahun ke bawah dilarang menaiki kenderaan.

Radio Warna turut melaporkan terdapat 690 kes positif baru Covid-19 di Singapura setakat 12 tengahari hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 15,641 orang.

Hanya enam orang warganegara atau penduduk tetap terlibat positif Covid-19 hari ini. Selebihnya, adalah di kalangan pekerja asing yang berkhidmat di negara republik yang mempunyai penduduk 5.7 juta orang itu.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!