TUNANG PM BRITAIN SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI

Boris Johnson dan tunangnya Carrie Symonds melambaikan tangan kepada orang ramai dan media dari kediaman rasmi perdana menteri Britain di nombor 10, Jalan Downing, London (10 Downing Street) Disember tahun lepas.

TUNANG bertaraf "pasangan rasmi" perdana menteri Britain Boris Johnson, selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat walafiat. Sedikit awal dari tarikh yang dijangka, Carrie Symonds bersalin di sebuah hospital di London semalam, Rabu 29 April 2020 dengan jayanya.

Symonds, 32, sebelum ini menyatakan beliau dijangka melahirkan bayi ini di awal musim panas. Tidak dapat dipastikan samada Johnson, 55, akan mengambil cuti menjadi bapa memandangkan pihak kerajaan sedang menghadapi krisis kesihatan terburuk sejak wabak influenza pada 1918.

"Perdana Menteri dan Cik Puan Symonds merasa teruja untuk mengumumkan kelahiran seorang bayi lelaki yang sihat di Hospital London awal pagi ini (semalam)," kata seorang jurucakap wanita. "Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan baik.

"PM dan Cik Puan Symonds ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan perbidanan NHS yang fantastik."

Setakat ini belum ada pengumuman mengenai nama bayi bertuah itu.

Kehadiran cahaya mata ini secara peribadi menjadi penawar terhadap suasana kacau bilau di bulan April yang melanda Johnson, kembali bertugas Isnin lepas setelah semakin sembuh dari Covid-19. Johnson sebelum itu terlantar tenat di hospital di unit rawatan rapi di tengah penularan wabak virus Corona.

Manakala Symonds, bekas eksekutif perhubungan awam, juga menunjukkan simptom virus Corona tetapi kemudian sembuh dengan cepat.

Menteri Kewangan Rishi Sunak melahirkan rasa terharu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan Boris dan Symonds kerana 10 Downing Street mempunyai penghuni baru.

Pemimpin pembangkang dari Parti Buruh Keir Starmer turut mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dan menganggap kelahiran bayi itu sebagai berita indah.

Kehidupan peribadi berkomplikasi

Johnson, pernah mendapat jolokan si bongkok “Bonking Boris” oleh sebuah media tabloid berimej suka merusuh, memiliki kehidupan peribadi yang kontroversi.
Beliau pernah dipecat dari Parti Konservatif oleh pembuat dasar parti semasa menjadi pembangkang kerana berbohong mengenai jalinan hubungan dengan wanita lain. Beliau pernah dua kali bercerai dan enggan memberitahu jumlah sebenar anaknya.
Pada 2013, semasa Johnson menjadi datuk bandar London, hakim mahkamah rayuan memutuskan bahawa awam berhak mengetahui hubungan luar perkahwinannya dengan seorang wanita di mana mereka mempunyai seorang anak perempuan.

Johnson sebelum ini berkahwin dengan Marina Wheeler, seorang peguam. Mereka mempunyai empat orang anak tetapi mengumumkan perpisahan pada September 2018. Mereka dilaporkan bercerai dengan rasmi awal tahun ini.
Symonds mengumumkan pertunangan dengan Johnson pada Februari lepas.

English Version
In LONDON, British Prime Minister Boris Johnson’s fiancĂ©e, Carrie Symonds, gave birth to a healthy baby boy at a London hospital on Wednesday, slightly earlier than had been expected.
Symonds, 32, had said previously that their baby was due to “hatch” in the early summer. It was not clear if Johnson, 55, would take paternity leave given the government is facing the worst health crisis since the 1918 influenza outbreak.
"The Prime Minister and Ms Symonds are thrilled to announce the birth of a healthy baby boy at a London hospital earlier this morning,” a spokeswoman said. “Both mother and baby are doing very well.
“The PM and Ms Symonds would like to thank the fantastic NHS maternity team.”
There was no announcement of a name.
The new arrival tops a tumultuous month for Johnson; he returned to work on Monday after recuperating from Covid-19, which had left him gravely ill in intensive care at the peak of the coronavirus outbreak.
Symonds, a former public relations executive, also had symptoms of the virus but recovered more swiftly.
Baby in Downing Street
Few British leaders have had babies while in office, although it has become more common among recent occupants of Downing Street.
David Cameron’s wife, Samantha, gave birth to their daughter, Florence, in 2010 and Tony Blair’s wife Cherie gave birth to their son, Leo, in 2006.
Before that, Frances, the wife of John Russell, a 19th-century Whig and Liberal politician, gave birth to two children in 1848 and 1849 while he was in office.
“Great to hear Downing Street is getting a new resident,” said Johnson’s finance minister, Rishi Sunak.
Opposition Labour Party leader Keir Starmer said: “Wonderful news. Many congratulations to Boris Johnson and Carrie Symonds.”
Symonds and Johnson have been living together in Downing Street since he became prime minister in July. They announced in February that they were expecting their first child and that they were engaged to be married.
Complicated private life
Johnson, once dubbed “Bonking Boris” by Britain’s riotous tabloid media, has a complicated private life.
He was once sacked from the Conservative Party’s policy team while in opposition for lying about an extra-marital affair. He has been divorced twice and refuses to say how many children he has fathered.
In 2013, when Johnson was mayor of London, appeal court judges ruled that the public had the right to know he had an extra-marital affair with a woman who gave birth to his daughter.
Johnson’s previous marriage was to Marina Wheeler, a lawyer. They had four children together but announced in September 2018 that they had separated. They divorced earlier this year.
Symonds announced her engagement to Johnson in February.
“Many of you already know, but for my friends that still don’t, we got engaged at the end of last year… and we’ve got a baby hatching early summer,” she said.
“Feel incredibly blessed.”



Dari laporan Reuters 
Suntingan dan terjemahan 
Permadu Malaysia

dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank