PEMANDU GRAB BOLEH GUNA KERETA HANTAR MAKANAN


DUA syarikat utama penghantaran makanan menambah jumlah penghantarnya bagi menangani peningkatan permintaan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu, demikian menurut laporan FMT.

Shubham Saran, ketua logistik Foodpanda Malaysia memberitahu, jumlah penghantar syarikat itu meningkat 7.5% dan permohonan kerja naik 37%.
Beliau berkata, syarikatnya mula mengambil sejumlah penghantar baru seminggu sebelum PKP mula dikuatkuasakan.


“Untuk menampung keadaan semasa, kami mengalu-alukan sesiapa saja yang memerlukan peluang pekerjaan sementara menghubungi kami melalui laman pengambilan penghantar kami.”
Grab guna pemandu kereta e-hailing jadi penghantar makanan dan barang keperluan kerana permintaan untuk pemandu kereta Grab merosot teruk
Jurucakap Grab berkata, syarikat itu memutuskan untuk menggunakan pemandu e-hailingnya menyokong khidmat penghantaran makanan dan barang keperluan.
Katanya, khidmat e-hailing merosot sejak PKP bermula.
“Apabila PKP dikuatkuasakan, keutamaan ialah melihat bagaimana kami boleh memanfaatkan sumber sedia ada.
“Sehingga kini, kami mempunyai berpuluh ribu pemandu di seluruh negara. Ini membolehkan pemandu kami memanfaatkan ekosistem kami bagi menjana pendapatan untuk menyara keluarga mereka,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan dalam permintaan untuk penghantaran makanan dan barang runcit serta kekangan terhadap rangkaian penghantaran antara faktor mereka membuat keputusan itu.
Sebelum ini, sesetengah syarikat dilapor mencatatkan lebih 30% lonjakan pesanan sejak PKP dilaksanakan.


dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

It happens everywhere—Not only in our country

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat