POLIS WANITA, AYOB KHAN DAN JOHOR
POLIS DI-RAJA MALAYSIA (PDRM) telah melantik Normah Ishak (gambar atas) untuk menggantikan Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman.
Lantikan ini menjadikan Normah wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.
Malaysiakini melaporkan South China Morning Post kelmarin memetik Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pelantikannya.
Abdul Hamid dipetik laporan itu berkata Normah, yang merupakan timbalan Ayob Khan sejak 2016, sebagai anggota "yang sangat berani, bijak, berkelayakan tinggi dan seorang pegawai berpengalaman dengan integriti tinggi dan komander cemerlang."
Normah menyertai pasukan polis pada bulan Disember 1991, kata laporan itu.
![]() |
Ayob Khan Mydin Pitchay |
![]() |
Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara |
"Kita bagi peluang Ayob ke sana (Johor) untuk dapatkan pengalaman.
"Dia (Ayob) perlu didedahkan, dia sudah lakukan banyak kerja, kita bagi dia peluang ke bawah untuk memimpin. Dia muda lagi," kata Abdul Hamid.
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Comments
Post a Comment