DRAMA BAND: TV3 BODOH, ARTIS MEROSAK SENI


SUKAR untuk dinafikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini acara tahunan Anugerah Juara Lagu semakin hambar dan kurang diminati ramai.

Ianya bagai hilang punca, seiring dengan kredibiliti rendah para juri, pembimbing dan pengadil dalam berbagai rancangan mencari bakat di stesen-stesen televisyen swasta di negara ini.

Ini tandanya syarikat televisyen sedang menempah bankrap. TV3 dah hendak jadi macam dahulu semula. Jadi alat politik di pihak yang memegang kuasa.



Banyak media melaporkan berita murahan kumpulan artis ini yang mempersendakan bekas perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.


Sebenarnya, isu ini sudah hampir basi selain urusan undang-undang di mahkamah dan lain-lain pihak berkuasa kerajaan berkaitan sahaja.

Tak perlulah penulis memperincikan apa yang dipersembahkan kerana tiada gunanya mempromosi kebodohan organisasi bangang.

Mungkin kumpulan artis ini diperalatkan pihak tertentu untuk tujuan politik bengap. Samada diperguna atau tidak, mereka (kumpulan artis ini) telah meletakkan diri mereka di tahap tolol lagi bahalul.

Mungkin ini ciri-ciri orang ketandusan ilham desparado untuk mendapat perhatian dan mencuri populariti secara kurang bermaruah. Dengan cara mempersenda dan menghina orang lain di tempat terbuka.

Lebih buruk lagi, mereka telah mencampur adukkan seni dan politik mengakibatkan keluhuran, kehalusan dan kemurnian seni itu tercalar teruk dan menjadi rosak.

Sebagai penulis yang mengamalkan prinsip berani, bebas dan berkecuali (tidak memihak), Permadu Malaysia melihat perkara ini sebagai malang dan tidak sepatutnya berlaku.

Kewibawaan TV3 yang boleh meluluskan persembahan seperti ini turut menimbulkan persoalan.

Memang sudah maklum pemilik baru TV3 dan Media Prima, Syed Mokhtar Al Bukhary adalah orang kuat Dr Mahathir Mohamad. Beliau kini diperhati sebagai sedang menguasai hampir semua media penting dinegara ini.

Penulis bukan penyokong Najib Razak, tetapi tidak bersetuju cara beliau dihina nista di tempat yang salah.

Apa yang lebih menarik, respons Najib penuh bergaya terhadap isu ini, seperti dilaporkan Malaysiakini seperti di bawah:

Bekas perdana menteri Najib Razak tampil menyindir Drama Band yang membuat persembahan kontroversi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) membabitkan diri beliau dan isterinya Rosmah Mansor.
Najib membuat hantaran di media sosial mengenai bagaimana Drama Band pada waktu dahulu memakai baju program kerajaan BN tetapi kini menyanyikan lagu untuk program Tour De Langkawi.
“Muzik video dari band yang ditaja oleh duit Petronas milik kerajaan untuk Tour De Langkawi tahun 2020 ini di kawasan parlimen PM ketujuh (Dr Mahathir Mohamad boleh tahan sedap melodinya,” perli Najib di akaun Facebooknya.
Pada satu lagi hantaran di Facebook, Najib mencatat kejayaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) ketika pentadbirannya dulu tanpa menyentuh secara langsung persembahan Drama Band.
"Pada 1 Jun 2011, kerajaan BN dahulu memperkenalkan satu program yang akan memberi manfaat kepada para graduan yang menganggur.
"Program ini dikenali sebagai Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diwujudkan bagi meningkatkan keupayaan serta kebolehan diri graduan dengan ilmu, kemahiran serta pengalaman bekerja.
"Pelaksanaan program ini menunjukkan kesan positif apabila seramai 3,879 peserta telah mendapat pekerjaan tetap semasa tempoh program berlangsung," kata Najib.
Pada hantaran sama, MP Pekan juga turut menyertakan bersama sekeping gambar, barisan enam orang ahli kumpulan Drama Band memakai baju program itu.
Hantaran Najib itu dimuat naik di akaun Facebook lima jam lalu dan sudah meraih 33 ribu tanda suka.
Jika dilihat hantaran Twitter vokalis kumpulan tersebut, Aepul Roza, kumpulan itu pernah terlibat mempromosikan program SL1M pada dua tahun lalu.
Semalam, sewaktu mempersembahkan lagu Drama, band itu meniru dialog dalam rakaman audio didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dalam kes membabitkan Najib dan isterinya, Rosmah pada 8 Januari lalu.
Kemudian, muncul dua watak badut, seorang individu lelaki berpakaian korporat dan seorang lagi wanita yang berbaju kurung sambil membawa beberapa beg tangan berjalan di karpet merah. Kedua-dua watak itu dipercayai menyerupai Najib dan Rosmah. Mereka diiringi beberapa watak badut lain di pentas.
Sambil berjalan, wanita tersebut bercakap: “Can I advise you something.”
Ungkapan itu sinonim dengan rakaman audio yang didedahkan Latheefa.




SPRM memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa maklumat bocor daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib sewaktu beliau masih perdana menteri dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.
Bukan setakat isu Najib dan Rosmah, Drama Band juga mempersembahkan adegan lain seperti kontroversi membabitkan seorang peserta Dewi Remaja yang dilucutkan gelaran juaranya selepas berhibur di kelab malam.
Sementara itu, bukan hanya satu, Najib kembali membuat kenyataan- tiga jam lalu di akaun Facebook- memerli kumpulan band tersebut yang menyanyikan lagu buat program Tour De Langkawi.
Difahamkan, beliau secara sinikal memperkatakan bahawa kumpulan tersebut adalah penyokong kerajaan yang ingin membidasnya.
“Muzik video dari band yang ditaja oleh duit Petronas milik kerajaan untuk Tour De Langkawi tahun 2020 ini di kawasan parlimen PM ketujuh boleh tahan sedap melodinya,” katanya.
Setakat ini, jumlah tanda suka buat hantaran tersebut pula sudah mencecah lebih 10 ribu dan mengundang pelbagai reaksi pengguna akaun Facebook.



oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana