MAHATHIR SEDIA BERUNDUR SERTA-MERTA
Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri |
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan memerlukan beliau berbuat demikian..
"Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.
"Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pagi ini.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai maklum balas terhadap beberapa ahli parlimen PKR yang mencadangkan agar beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini.
Sebelum ini, perdana menteri berkata beliau akan menghormati janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Malaysia pada November tahun ini.
Semalam, Ahli Parlimen PKR Wong Chen (Subang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), William Leong (Selayang) dan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) mengadakan forum awam yang mebincangkan sama garis masa peralihan kuasa itu.
Antara sebab yang diberikan mereka agar peralihan kuasa dibuat lebih awal adalah untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia dan bagi memberi Anwar lebih banyak masa untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan PH.
dibawa oleh Fauzi Abdul Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Comments
Post a Comment