M DAUD KILAU SOLAT DI MASJID
![]() |
M DAUD KILAU, penyanyi yang pernah menjadi juara Bintang Radio |
PENGHIBUR terkenal dengan gelaran Raja Gelek Malaysia, Datuk Muhammad Daud Kilau atau lebih dikenali M Daud Kilau yang sebelum ini dikhabarkan sakit semakin pulih dan mampu berjalan semula, lapor Sinar Harian.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Perak Gazzete di laman Facebook milik mereka selepas M Daud Kilau, 82, menerima kunjungan peminat di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, di sini baru-baru ini.
![]() |
M Daud Kilau (dua dari kiri, baju ungu) di masjid bersama imam dan jemaah |
Pelantun lagu Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu dilihat tetap bersemangat dan kini sudah mampu untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid.
"Selepas menerima pelbagai rawatan, penyakit yang saya hadapi seperti penyakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang kini mula beransur sembuh.
"Saya berharap dan sentiasa berdoa agar penyakit dan kesihatan saya semakin sembuh supaya saya dapat menjalani solat saya dengan sempurna dan boleh berjalan seperti biasa, "katanya.
Sementara itu, M Daud Kilau terharu menerima kunjungan daripada 30 peminatnya yang datang dari Tapah bagi melihat keadaan terkini penyanyi kesayangan mereka di samping memberikan bantuan.
Sementara itu, M Daud Kilau terharu menerima kunjungan daripada 30 peminatnya yang datang dari Tapah bagi melihat keadaan terkini penyanyi kesayangan mereka di samping memberikan bantuan.
"Saya bersyukur kerana ada peminat yang datang melihat diri saya. Sebak rasanya dengan kehadiran mereka yang tak pernah lupakan saya.
"Malahan mereka sentiasa mendoakan diri saya agar cepat sembuh. Kehadiran mereka ini saya merasakan macam penyakit berpisah sekejap dari diri saya," katanya.
dibawa oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Audio Visual PermaduTV
Comments
Post a Comment