'JERANGKUNG DALAM ALMARI' KEJUTAN TERBARU RAJA AZMI


PRODUSER filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman (gambar atas) menyifatkan perkahwinan kali kedua bersama gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali sangat membahagiakan, lapor BH Online semalam.
Malah, Raja Azmi, 61, yang lebih mesra disapa Kak Mi mengakui dirinya lebih manja bersama suami sehingga sering berlaku drama rajuk dan pujuk memujuk.
“Kak Mi rasa perkahwinan kali ini membuatkan Kak Mi mudah merajuk. Ada kala perkara remeh seperti tidak membelikan pakaian yang dikehendaki pun boleh buat Kak Mi terasa hati.


“Mujurlah Abang Eddie memahami dan belajar bagaimana nak pujuk isteri. Pada awalnya, dia keberatan membelikan pakaian yang Kak Mi suka, tetapi akhirnya terpaksa mengalah.
“Apabila difikirkan semula, terbit rasa bersalah apabila merajuk benda remeh seperti ini. Tetapi, apakan daya, mungkin sebab faktor usia,” kata bekas isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jailani Sidek.
Raja Azmi dan Mohd Eddie berkahwin pada 13 Oktober 2013, namun bercerai setahun kemudian. Mereka kemudiannya rujuk kembali dan kini, sudah empat tahun bergelar suami isteri.
Dalam perkembangan lain, penerbit yang pernah menghasilkan filem Anu Dalam Botol dan Haru Biru itu akan kembali dengan karya terbaharu berjudul Jerangkung Dalam Almari selepas hampir sedekad tidak menerbitkan filem.
“Kak Mi mahu filem ini ditayangkan pada Aidilfitri depan. Buat masa ini, Kak Mi masih mencari rakan kongsi untuk pemasaran filem ini.
“Sebelum ini, Kak Mi tak buat filem kerana berdepan dengan pelbagai masalah peribadi, bukannya takut rugi. Filem Kak Mi tak semua rugi.
“Kak Mi mahu filem ini ditayangkan pada Aidilfitri depan. Buat masa ini, Kak Mi masih mencari rakan kongsi untuk pemasaran filem ini.
“Sebelum ini, Kak Mi tak buat filem kerana berdepan dengan pelbagai masalah peribadi, bukannya takut rugi. Filem Kak Mi tak semua rugi.
“Filem Hari Biru dan Anu Dalam Botol memberi keuntungan ratusan ribu kepada Kak Mi,” katanya yang turut membintangi filem Ratu Kala Jerangkung yang akan menemui penonton di pawagam, tidak lama lagi.
Raja Azmi ditemui pada majlis pelancaran pelantar kandungan digital Mr Mufe - My Lepak Buddy di sebuah hotel, di Seri Kembangan, pada 29 Januari 2020.




oleh Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri