FENDY BAKRI GELISAH DIDAMPINGI DUA PELAKON PEREMPUAN


KALI pertama beraksi di layar perak, konsep cinta Islamik mendorong Fendy Bakry (gambar atas) menerima pelawaan produksi filem Seandainya Kau Ada yang diangkat daripada novel nukilan Kamsiah Abu, lapor wartawan hiburan Berita Harian hari ini.
Fendy yang meraih trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 teruja terbabit filem sulung terbitan Zeel Production.
“Sebelum ini, bukan tiada produksi merisik saya berlakon filem. Cuma tawaran yang datang tidak kena masa. Pelawaan penerbit filem Seandainya Kau Ada tepat pada masanya.
“Selain plot cerita, faktor misi yang sama iaitu masing-masing kali pertama berkarya untuk layar perak, mendorong saya menyahut cabaran dan bersetuju menyertai kru filem ini.
“Saya lihat garapan cerita dipaparkan cukup berat kerana saya berlakon sebagai penghidap HIV. Ini cabaran baharu untuk saya teroka dan mencabar kemampuan diri,” katanya kepada BH Online.
Fendy yang pernah bekerjasama dengan Zeel Production menafikan tawaran diterima disebabkan ganjaran wang.
“Bukan atas dasar duit... Saya lihat penceritaan dalam karya ini konkrit,” katanya.
Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri, berkata dia berganding dengan dua heroin iaitu Raysha Rizrose dan Ruhainies dalam filem arahan Chad itu.
Turut sama berlakon ialah Aidit Noh, Fendi London, Lydiawati dan Fauziah Nawi.
Mengulas pengalaman bekerja dengan Raysha dan Ruhainiies, Fendy berkata, mereka pantas mencipta keserasian biarpun kali pertama beraksi bersama.
Fendy yang mula dikenali menerusi drama Mr Grey berharap filem itu dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada penonton.
“Mungkin sudah lama kita tak disajikan dengan kisah cinta di pawagam. Insya-Allah filem ini akan menghidangkan sesuatu yang baik dan mengangkat martabat wanita,” katanya.

dibawa oleh Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana