TIMBALAN KETUA MENTERI PUNYA HARTA LEBIH RM6 JUTA TERIMA BANTUAN RM600 CETUS KONTROVERSI

Wilfred Madius Tangau,
Timbalan Ketua Menteri Sabah

Di KOTA KINABALU, Timbalan Ketua Menteri Wilfred Madius Tangau hari ini mempertahankan dirinya menerima RM600 daripada bantuan musim monsun untuk pekebun kecil getah, lapor FMT.
Beliau berkata tiada peraturan mengatakan seorang menteri tidak berhak menerima bantuan itu.
“Saya memiliki kebun getah seluas 10 ekar di Tamparuli, yang dijaga sepupu saya, Taimin Gindalan, yang juga seorang ketua masyarakat pribumi,” katanya.
Tangau, yang juga ahli Parlimen Tuaran dan menteri perdagangan dan perindustrian Sabah, tersenarai sebagai penerima bantuan musim monsun. Senarai itu tersebar di media sosial, mengundang kritikan daripada warga internet.
Beberapa orang berkata Tangau tidak boleh dapat bantuan kerana dia seorang yang berada dan tokoh masyarakat.
Mana-mana kebun kecil, dengan tanah seluas kurang daripada 6ha, yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (SRIB), boleh menerima bantuan itu.
Difahamkan bantuan RM600 itu sudah didepositkan ke akaun bank isteri Tangau. Ia bagi 3 bulan iaitu dari November tahun lepas kepada Januari tahun ini.
Tangau berkata SRIB cawangan Tuaran yang mendedahkan senarai itu kerana gagal mengesan beberapa pekebun kecil.
Hanya selepas senarai itu tular lebih ramai pekebun kecil tampil menuntut bantuan itu.
Dalam perisytiharan aset sebagai seorang ahli Parlimen, Tangau mengisytiharkan beliau berpendapatan RM71,932 sebulan dan mempunyai harta bernilai RM6,170,346.


oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain



Permadu Media

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again

Polis sahkan jambatan roboh di Labis, Johor tidak benar

No matter how you spin it, it is nepotism, pure and simple

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies