LIM GUAN ENG 'SYIOK SENDIRI', KATA MCA

KETUA PEMUDA MCA ANGGAP MENTERI KEWANGAN TIDAK BERADA DI BUMI NYATA
Laporan yang menyedapkan hati dihebohkan, laporan yang menunjukkan penurunan prestasi ekonomi Malaysia dianggap tidak tepat, kata Nicole Wong

Nicole Wong, Ketua Pemuda MCA

HUBUNGAN DAP dan MCA menjadi semakin tegang apabila Pengerusi Pemuda MCA yang merupakan seorang wanita, Nicole Wong berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng seorang yang "syiok sendiri", gembira dan bercakap besar mengenai peningkatan Indeks Mudah Menjalankan Perniagaan dari kedudukan ke-15 dalam tahun 2019 kepada ke-12 bagi tahun 2020.

"Bagaimanapun, (beliau) patut berpijak di bumi nyata dengan menyemak penurunan ketara dalam penilaian-penilaian yang lain," kata Wong dalam satu kenyataan semalam, Rabu 30 Oktober 2019.

Pemimpin MCA itu memberi respons terhadap kenyataan menteri kewangan tiga hari lalu yang menyatakan para pengkritik perlu merujuk kepada penarafan kredit yang sah sebagai cara penilaian terbaik.

Lim berkata pengkritik mendakwa kerajaan tidak berkebolehan menguruskan ekonomi negara serta terus berhutang secara berlebihan.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

Setiausaha Agung DAP itu memuji reformasi institusi yang berjaya meningkatkan penarafan Malaysia sebagai antara negara terbaik berkaitan peningkatan ekonomi seperti laporan yang diterbitkan Bank Dunia dalam Petunjuk Tadbir Urus Dunia 2018 (WGI) awal bulan ini.

Bagaimanapun, Wong berpandangan sebaliknya, berkata rakyat di peringkat akar umbi terkesan dengan keadaan ekonomi, termasuk inflasi yang terus menaik. Rakyat secara langsung menghadapi tekanan pasaran.

"Rakyat Malaysia sekarang bagaikan sedang berada dalam air panas, inflasi meningkat dan pelabur menarik diri.

"Kesukaran yang sedang dihadapi bertentangan dengan sikap Lim Guan Eng yang suka memuji diri sendiri," kata Wong yang melihat satu realiti suram.

"Guan Eng dan Pakatan Harapan hanya pandai mengeluarkan kata-kata manis dan puji-pujian kepada diri sendiri. Bila ada kajian yang positif dan menunjukkan peningkatan, mereka akan menyebarkan seluas-luasnya. Tetapi, bila ada kajian yang menunjukkan sesuatu yang buruk, mereka akan berkata kajian itu tidak tepat.

"Ini hanya akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan," kata Wong lagi.

Wong menarik perhatian dakwaan Pegawai Khas Rapporteur Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) Philip Alston pada Ogos 2019 bahawa Malaysia tidak memberikan angka sebenar jumlah penduduk miskin di negara ini.



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!